Assalamualaikum Semua...
MENGAPA ASID FOLIK DIPERLUKAN?
BERAPAKAH JUMLAH ASID FOLIK YANG SAYA PERLUKAN?
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
APAKAH SUMBER MAKANAN YANG TERBAIK?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
• bayam, 1 cawan;
• kacang bendi, setengah cawan;
• asparagus, setengah cawan;
• lentil, setengah cawan;
• hati, 1 keping;
• 11 batang taugeh brussels;
• kacang mata hitam, 4 sudu makan;
• emping bran, 7 sudu makan;
• germa gandum, 25g / 1 aun;
• betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
• brokoli kukus, 2 pucuk;
• buah oren saiz besar;
• nasi putih, setengah cawan;
• oat, setengah cawan;
• kacang merah, setengah cawan;
• jagung saiz besar, 1;
• biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.
Siapa sebenarnya yang perlu B complex (lengkap dengan Asid Folik)?
Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
- Terdedah kepada sinaran matahari
- Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
- Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
- Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
- Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
- Mereka yang nak nampak cantik dan muda
- Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
- Wanita yang mengambil pil perancang
Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex… :)
Berminat..boleh pm saya...
MAISARAH | 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
FB Page - Sarah Body Food
COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN
Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda
No comments :
Post a Comment