Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Showing posts with label Penyusuan Susu Ibu Berkerja. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan Susu Ibu Berkerja. Show all posts

Tuesday, May 6, 2014

Sembelit pula selepas bersalin! Aduh sakitnya.. anak kedua dah tak sembelit lagi setelah ambil Ostematrix & Set Bersalin Shaklee

Salam semua.. salam sihat ye.. semoga ceria hendaknya


Semoga anda sihat dan cergas. Kali ini saya ingin berkongsi tentang masalah sembelit di kalangan wanita yang baru melahirkan anak. Alhamdulillah customer - customer saya yang mengambil OSTEMATRIX semasa berpantang tidak mengalami masalah sembelit pun. Saya tak boleh bayangkan betapa susahnya nak membuang air besar sewaktu dalam pantang (waktu itu saya belum kenal Shaklee lagi) seksa teramat. Walhal saya seorang yang mudah membuang air besar tetapi kerana dalam pantang kita tidak boleh bertinggung maka proses yang normal tu jadi sedikit terganggu. Azab sangat rasanya ye.

Ada customer saya yang telah mencuba SET BERPANTANG SHAKLEE tidak mengalami masalah sembelit langsung semasa dalam tempoh berpantang anak kedua. Sungguh berbeza dengan pengalaman anak sulungnya. 


Wednesday, April 23, 2014

5 Tips Menyusukan Anak Semasa Hamil siapa kata tak boleh cuma perlu pastikan nutrisi anda cukup

Tips Menyusukan Anak Semasa Hamil

1. Ketahui Fakta
Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.


Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.
Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.

Tuesday, April 22, 2014

Kaedah Penyusuan SUSU IBU sebagai Perancang Kehamilan

Menjarakkan Kehamilan sememangnya perlu untuk pasangan yang berkahwin kerana dalam Islam sendiri menyarankan anak disusukan selama 2 tahun umurnya.

Isu tentang itu sudah selalu duperkatakan di kaca tv tetapi ingin saya coretkan tentangnya untun pengetahuan kita bersama. Ia juga berdasarkan pengalaman saya sendiri juga pengalaman ibu saya sendiri.

Seperti semua sedia maklum, kaedah merancang terdapat pelbagai cara juga pilihan. Terpulang kepada setiap individu untuk menggunakan kaedah yang mana, yang penting ianya selamat, mudah dan dijamin peratusan kejayaannya. Ingat lagi masa Firas check up 2 bulan misi klinik kesihatan tanya saya dah pilih dan suami tentang perancang keluarga ke?? Aku serius blur.. tapi aku jawab sambil blur & tersenyum nanti saya discuss.. sampai ke leni aku tak ambil pun apa2 perancang keluarga. Tak berani la.. entah la natural sudah!

Untuk pengetahuan anda di bawah ni antara kaedah perancang dengan Hormon sediaada ialah:

Friday, April 18, 2014

IBU MENYUSU PERLU GIZI SEIMBANG UNTUK KEBAIKAN IBU DAN ANAK

Salam Jumaat semua..

Bercerita ibu menyusu pula pagi ni... Info ni memang sangat berguna untuk ibu ibu yang beranak sulung yang serba serbi kekurangan ilmu dalam dunia penyususan susu ibu ni.

Gizi seimbang bagi ibu menyusu sangat penting. Gizi pada ibu yang sedang menyusu sangat rapat kaitannya dengan produksi air susu, yang sangat diperlukan untuk perkembangan bayi. Bila pemberian susu ibu sempurna, maka berat badan bayi akan meningkat, tekstur kulit baik, pembinaan otot juga memuaskan. Ibu menyusu tidaklah terlalu ketat dalam mengatur nutrisinya, yang terpenting adalah makanan yang menjamin pembentukan air susu yang berkualiti dalam jumlah yang cukup untuk memenuhi keperluan bayinya.


Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Gizi Ibu Menyusu
Faktor yang mempengaruhi gizi ibu menyusu adalah:
  1. Pengaruh makanan erat kaitannya dengan volume susu ibu yang dihasilkan per hari.
  2. Protein, dengan adanya variasi individu maka dianjurkan penambahan 15-20 gram protein sehari bagi ibu menyusu.
  3. Suplement, jika makan sehari seimbang, suplementasi tidak diperlukan kecuali jika kekurangan satu atau lebih zat gizi. Pengambilan vitamin untuk melengkapkan nutrisi yang seimbang. Disarankan ambil SET 3M SHAKLEE untuk melengkapkan nutrisi ibu & anak.
  4. Aktiviti.

Wednesday, April 16, 2014

TIADA SUSU, SUSU TIDAK KELUAR ATAU SUSU SEDIKIT MASALAH IBU MENYUSU tanganinya dengan SET 3M SHAKLEE

Salam semua...
“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”. Ini antara ru­ngutan yang biasa dide­ngar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak.
Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi ter­utama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangi­san bayi yang disangka tidak cukup susu. 
Ada pula menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu. Persoalannya, adakah benar susu tidak keluar, susu sedikit atau teknik digunakan tidak betul sehingga menyebabkan proses menyusukan anak menjadi sukar?


“Melalui pemerhatian, ternyata ibu mengandung yang pernah melihat atau mendengar cerita kejayaan penyusuan susu ibu wanita lain akan lebih tertarik dan bersikap positif untuk menyusukan bayi berbanding ibu yang tidak pernah langsung mendengar me­ngenainya. Ini secara tidak langsung memberi semangat untuk meneruskan penyusuan walaupun berhadapan cabaran atau masalah."

Ibu yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan boleh terus menyusukan bayi dalam kadar yang paling segera iaitu sebaik saja dilahirkan. Peranan pihak hospital dalam menggalakkan penyusuan susu ibu seawal mungkin sangat penting. 

SUSU IBU vs SUSU FORMULA : Kebaikan dan Keburukannya

Salam semua...

Anda mahu memilih untuk beri anak anda susu ibu atau susu formula? Mungkin ibu-ibu diluar sana  tertanya-tanya kebaikan susu ibu kepada bayi anda, terutamanya pada mereka yang baru bergelar ibu tapi mungkin ramai juga diantara kita yang telah mengetahui kelebihan susu ibu. Tak kurang juga ibu yang awal awal lagi sudah mahu memberikan anak dengan susu formula kerana di sogokkan dengan cerita yang tak sahih tentang susu ibu dan menyusu badan.

Banyak kajian yang dilakukan seantero dunia telah membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula lain. Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak- anak. Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi kerana ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah. Hari- hari pertama selepas kelahiran, ibu- ibu digalakkan menyusui bayi untuk membekalkan antibodi yang cukup. Walaupun terdapat perkembangan teknologi makanan moden yang cuba merumus susu formula agar menyamai susu ibu, namun khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Itulah hebatnya kurniaan Allah.

Sunday, April 13, 2014

5 CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN (EBM) supaya muat peti sejuk serta PENGENDALIANNYA

Salam semua... salam ceria & sihat selalu ye..

Bersiaran di Alor Setar hari ni... pagi yang aman & mendamaikan..:)
Today nak story tentang hal penyusuan susu ibu... sebab ramai fb friend yang baru deliver baby.. bestnya dapat baby baru..:)

Ramai kawan-kawan saya yang bertanya tentang isu ini especially yang baru menjadi ibu dan bersemangat untuk membuat stok ebm buat anak-anak tersayang.



Friday, April 4, 2014

Ostematrix Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Salam semua...

Bulan ni bulan menjaga tulang temulang... jadi nak bercerita lagi tentang Ostematrix Shaklee... Kali ni tentang Osteoporosis pula ye...



Monday, December 16, 2013

Penyusuan Susu Ibu Bekerja: Tips Hebat!...SET 3M BOLEH BANTU ANDA!!

Salam semua...happy Monday!!

Nak bercerita tentang Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu ibu yang berkerja...

Ibu bekerja bukan halangan beri susu badan. Sebelum naik kerja, ibu perlu tahu cara penyusuan susu ibu bekerja. Ini akan membantu ibu lebih yakin naik kerja dan terus menyusukan anak. Jika betul pengendalian penyusuan ibu bekerja. Bukan saja susu cukup, malah ibu mampu membuat stok susu untuk si manja.


1- Langkah sebelum cuti bersalin

Boleh mula berbincang dengan bos mengenai keputusan ibu mahu terus menyusukan anak. Juga cari 'geng ibu menyusu' di pejabat. Jadi ibu taklah rasa janggal atau semacam. Apa yang perlu dibincangkan dengan bos adalah:

  • waktu mengepam susu atau waktu keluar menyusukan anak
  • kemudahan mengepam susu di waktu pejabat
  • waktu bekerja yang lebih anjal (jika ada)
  • persefahaman rakan sekerja bagi memudahkan penyusuan susu ibu bekerja (kongsikan kebaikan susu ibu dengan rakan-rakan)

Niat untuk menyusukan anak perlu lah ditanam sejak dari anak dalam rahim lagi...