Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Tuesday, December 31, 2013

CARA MENERAN KETIKA MELAHIRKAN/ BERANAK

Salam...

Mau buat sharing TIPS lagi..hari ni tentang CARA MENERAN KETIKA NAK MELAHIRKAN...pasti ibu ibu yang 1st time nak melaluinya akan berdebar debar kan??

Tips meneran? Ye. Tips meneran ketika berlaku kontraksi saat-saat untuk melahirkan bayi, atau dalam bahasa mudah, 5 cara meneran ketika kita sedang sangat mahu beranak!!

Actually, lama dah saya berhajat nak share  5 CARA MENERAN KETIKA BERSALIN nih..sejak saya berjaya melahirkan anak sulung saya secara normal, Alhamdulillah.. Walaupun anak sulung memang tak ada experience & pengalaman tapi saya berjaya lakukan.

Sebenarnya, memang ada cara-cara tertentu / kemahiran dan tips yang perlu kita tahu, belajar,faham dan berlatih untuk meneran dengan cara yang betul ketika bersalin normal. 




Antara points yang penting tersebut ialah:

1 # : PERNAFASAN

Latihan pernafasan memang lah sangat-sangat penting. Nampak remeh. Tapi latihan yang berulang kali dapat membantu kita mengawal pernafasan ketika saat saat anak meneran. Jangan ingat masuk pertandingan menyanyi je yang perlu buat latihan pernafasan.. Kita yang mak buyong pun kene rajin rajin praktis pernafasan.

Bagaimana eh nak buat?

Mudah sahaja latihannya. Tarik nafas sepanjang mungkin dan cuba tahan nafas.

Rationalnya latihan pernafasan ni: 

Ketika meneran nanti..Kita perlu tarik nafas sepanjang yang mungkin, kemudian kita meneran/push sehabis teran yang kita boleh, TANPA MENCURI NAFAS ketika meneran..Ingat tu..Memang TAK BOLEH MENGELAT!! Curi nafas ketika meneran, akan membuatkan kepala baby tu termasuk semula ke dalam.. 

Selain dari TAK BOLEH curi tarik nafas, Ketika meneran pun tak boleh hembus nafas..kalau anda degil jugak, ini akan menyebabkan anda kehilangan tenaga ketika meneran dan akhirnya menjadi letih. 

p/s: actually, ketika meneran ni, tak perlu menjerit pun..itu lebih baik. menjerit ketika meneran mebuatkan tenaga anda dibazirkan dan menjadikan diri anda lebih tension...Anda akan lebih FOKUS bila anda meneran tanpa menjerit.


2 # : POSISI @ KEDUDUKAN POSTUR BADAN

Ini pun penting ketika mahu meneran. Sama penting macam pernafasan. Motif? Kerana ketika melakukan pernafasan yang betul untuk meneran, posisi tubuh badan ketika itu juga mesti betul KETIKA kita meneran.

Bagaimana?

2 PERKARA UTAMA yang kita kena make sure posisi kita betul KETIKA MENERAN:
  • Kepala diangkat sehingga DAGU MENCECAH  RAPAT dengan dada (betul-betul rapat).

  • Punggung dalam keadaan tetap pada tempatnya dan TIDAK terangkat (kalau angkat alamatnya koyakan yang besar akan berlaku)



3 #: TENAGA

Bila dah ade show atau petanda nak bersalin, kalau boleh mandi. biar badan segar. Ambil makanan dan minuman yang mengenyangkan dan benar-benar dapat memberi tenaga. Contohnya, air milo, telur separuh masak, atau telur ayam kampung mentah, susu, roti, nasi dan yang seumpama dengannya.

Mungkin, bila berlaku kontraksi terutama kontraksi kerap, membuatkan anda hilang selera atau tak lalu nak makan..Tapi nasihat saya, berusahalah biar anda mengisi perut anda dan pastikan anda kenyang.


4 # : PERLINDUNGAN DIRI

Amalkan ayat Qursi, selawat atas nabi, doa Nabi Yunos dalam perut ikan paus , Surah 3 Qul dan Surah al-Insyirah. 

Mohon dengan Allah, muga kita dan bayi sentiasa berada dalam perlindungan dan pemeliharaanNya..dan Berdoalah tanpa jemu agar Allah dapat meringankan kesakitan dan memudahkan proses kelahiran itu nanti..InsyaAllah.

Ini adalah amalan yang saya buat sebagai seorang Muslim. Bagi rakan2 ibu yang non muslim mungkin anda juga boleh berdoa dengan menurut cara dan kepercayaan masing masing.

Bila fizikal kita sakit, tetapi sepanjang kesakitan itu kita tahan dengan menyebut Allah berulangkali. Kesannya, walaupun fizikal kita sedang sakit tetapi hakikatnya jiwa tenang menghadapi / melalui kesakitan itu..InsyaAllah. Kita akan jadi bersemangat dan lebih bersabar juga.


5 # : MOHON KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN

Bunyinya macam simple. Macam mintak maaf hari raya..Tapi sebenarnya, jika kita benar benar memohon maaf dengan ikhlas dan jujur , dengan manusia terutamanya yang terdekat dengan kita seperti suami, ibu ayah dan keluarga.. InsyaAllah , itu juga salah satu remedi yang membantu dan memudahkan proses bersalin kita nanti..

Sebab, mungkin ada salah dan silap kita yang mungkin kita terlepas pandang, dari memohon maaf sebelum ini..sehingga barangkali buat mereka terluka..Jadi, bila kita mohon maaf, dan dengan lapang dada mereka memaafkan..Itulah ibarat doa mereka buat kita.


JIKA ANDA TAK DAPAT NAK TAHAN SAKIT...

Seandainya, andai benar-benar sangat tidak dapat menahan kesakitan, mungkin anda boleh request dengan doktor GAS ETONOX untuk mengurangkan kesakitan yang anda rasai. Kita yang tak belajar medic, mungkin tak tahu kewujudan gas etonox nih, tapi para doktor/jururawat yang nak bersalin, biasa request sebab manfaat gas ini yang dapat meringankan sedikit sakit kontraksi tu. 
(masa bersalin kan FIRAS sememangnya saya sedup GAS ETONOX ni bila saya rasakan kontraksi bersalin kuat berlaku)

AMARAN: Ini adalah sharing moment daripada pengalaman diri sendiri. Saya bukanlah seorang doktor mahupun bidan. Sekadar mahu berkongsi Ilmu dan Kemahiran Meneran Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan, atau mereka yang deliver baby dalam swimming pool atau lain lain kaedah yang tidak disebutkan disini. So, please read at your own risk. Mudah mudahan adalah manfaat untuk bakal ibu semua, dengan Izin Allah...

(KLIK untuk suplimen sepanjang HAMIL , selepas MELAHIRKAN & BERPANTANG dan sepanjang PENYUSUAN SUSU IBU ) ...

Nak mana mana SET just PM me...


MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN




Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

No comments :

Post a Comment