Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Thursday, December 26, 2013

Kenali TANDA TANDA AWAL MASALAH KESUBURAN

Salam semua...

Nak sharing Info lagi...Jom tambahkan ilmu bagi yang kurang pengetahuan & pengalaman boleh baca ni untuk tingkatkan ilmu anda...:) 


Fakta Kesuburan



Faktor - faktor ketidaksuburan

Adakah kitar haid anda tidak teratur?

Jika kitar haid anda kurang dari 24 hari atau lebih daripada 35 hari, atau juga tidak tetap jumlah harinya, anda perlu rujuk kepada doktor. Kitar haid yang tidak teratur boleh jadi satu simtom kepada masalah ovulasi.


Adakah anda mengalami sebarang pendarahan?

Jika terdapat sebarang pendarahan yang kuat atau pendarahan yang berbeza-beza dari segi warna dan kekerapan, ia bukanlah satu petanda yang baik. Segera rujuk kepada klinik-klinik berdekatan.


Adakah anda berusia lebih dari 35 tahun?

Takrif ketidaksuburan terhadap mereka yang berumur 35 tahun keatas bukan lagi setelah mencuba selama 1 tahun, tetapi jika gagal hamil setelah mencuba selama 6 bulan, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor. Bagi golongan ini, masa tidak memihak kepada mereka.


Adakah suami mengalami masalah mati pucuk?

Masalah kesuburan bagi lelaki biasanya melibatkan kuantiti sperma yang rendah atau kualiti sperma dari segi pergerakan. Masalah ini anda tidak dapat kenalpasti dengan sendiri. Ia perlu melalui suatu ujian khas iaitu Analisis Sperma yang boleh dilakukan di mana-mana klinik. Tetapi jika si suami mengalami masalah dari segi hubungan kelamin seperti mati pucuk, maka ia juga boleh jadi punca sukar hamil.


Adakah anda terlebih atau terkurang berat badan?

Berat badan yang berlebihan atatu terlalu kurus boleh menyebabkan sukar hamil. Untuk pastikan sama ada anda termasuk dalam golongan ini atau tidak, sila periksa BMI anda di laman ini.http://www.vertex42.com/Calculators/bmi-calculator.html


Adakah anda pernah mengalami keguguran 3 kali berturut-turut?

Ramai yang salah faham bahawa takrif tidak subur atau mandul hanya merujuk kepada keadaan seseorang yan gagal hamil sahaja. Tetapi wanita yang kerap gugur juga termasuk dalam golongan in. Keguguran melibatkan 10%-20% daripada jumlah kehamilan yang dilaporkan. Doktor akan membuat ujian-ujian fertiliti terhadap seseorang wanita itu hanya setelah mengalami kguguran 3 kali berturut-turut.


Adakah anda dan pasangan mengalami sebarang sakit kronik seperti kencing manis, tiroid, dan hypertension?

Penyakit-penyakit di atas, termasuk kaedah-kaedah rawatannya boleh memberi kesan terhadap kesuburan. Menurut ’The American Fertility Assocation’, penyakit-penyakit seperti diabetes dan hipertiroid boleh menyebabkan masalah kesuburan. Insulin, antidepressant dan hormon tiroid boleh mengganggu kawalatur kitar haid. Sesetengah ubat untuk hypertension pula boleh mengganggu kesuburan lelaki.


Adakah anda dan pasangan merokok dan mengambil minuman beralkohol?

Banyak kajian-kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan kesan tabiat ini terhadap kesuburan lelaki dan wanita. Jika anda tiada masalah kesuburan sekalipun, hentikanlah tabiat-tabiat ini.

kredit to :: mudahhamil.com


Jika anda mengalami banyak tanda tanda seperti kat atas ni..anda tak boleh berdiam diri hokeyy...kena buat sesuatu & jumpalah doktor...CEK diri anda sekarang...

Dalam Shaklee anda boleh cuba SET KESUBURAN untuk WANITA & LELAKI macam kat bawah ni..



Sharing is Caring.


MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN




Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda