Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Saturday, April 5, 2014

PENYAKIT TALASEMIA TIDAK BOLEH AMBIL VITALEA & ALFALFA SHAKLEE

Salam semua...

Malam semalam dapat pertanyaan dari seorang customer tentang TALASEMIA. Beliau bertanya tentang Supplemen / Vitamin apa yang sesuai untuk masalah ini. Masalah beliau ialah ketika mengandung Hemoglobin (Hb) nya sentiasa rendah. Walaupun makan supplemen / vitamin berasaskan iron (zat besi) masih tiada peningkatan dan doktor mengesahkan beliau mempunyai masalah Talasemia.

Wednesday, March 12, 2014

Cara Mengatasi Morning Sickness atau mual dan muntah Pada Masa Awal Kehamilan

Salam sihat semua. Sihat tak hari ni? ceria tak? Ibu ibu yang sedang hamil ada morning sickness tak? Harap semuanya ok ok je ye.

Mual dan muntah di pagi hari pada masa awal kehamilan memang banyak dialami oleh wanita hamil, terutama oleh mereka yang baru pertama kali hamil. Saya juga mengalami Morning Sickness semasa mengandungkan Ammar Firas tapi temasuk dalam yang ringan ringan sahaja dah hanya mengalaminya dalam trimester 1 kehamilan. Alhamdulillah tak la teruk sangat macam orang lain kan.. 

Tapi walaupun dalam 3 bulan pertama ia juga telah mengganggu aktiviti seharian saya & menyebabkan muntah muntah apa saja yang saya makan. Morning sickness yang kritikal tahap teruk ada juga di alami oleh ibu ibu sehinggalah hari melahirkan.. teruk kan kalau macam tu..moga moga pregnant yang akan datang jangan lah teruk sangat morning sicknessnya. Saya kongsikan di sini beberapa cara mengatasi morning sickness.   



Tuesday, February 25, 2014

TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE ~ Luka Cepat Baik, HB Maintain & Cergas

Assalamualaikum Readers,


Sudah 5 Ogos hari ini..maka dengan itu Syawal sudah semakin hampir...kalau kita tak sabar nak menunggu syawal ini tapi ada pula bakal ibu or ibu² yang mahu menyambut kelahiran anak yang 1st, 2nd, 3rd...mungkin jatuh pada 1 syawal?? berdebarnya kan...teringat detik² semasa melahirkan Ammar Firas..pengalaman yang amat berharga untukku dan akan diingati sehingga akhir hayat...

Ibu² yang nak bersalin ni dah cari SET BERPANTANG?? kalau belum mari teruskan membaca testimoni pelanggan yang menggunakan SET BERPANTANG SHAKLEE & AMAT BERPUAS HATI...TIADA LUKA LAMBAT BAIK, HB TINGGI, STRESS, PENIN KEPALA, SEMBELIT & LENGUH² BADAN...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

TESTIMONI

Alhamdulillah, 17 April 2013 lahirlah baby yang ditunggu-tunggu selama ni. Lewat empat hari dari tarikh due. Meh nak share skit meh pengalaman sendiri menggunakan Set Berpantang Shaklee. Takdak auta punya! Hehehe. Masa sakit-sakit nak bersalin tu, sebelum pergi ke hospital, sempat lagi saya minum ESP, buat tenaga nak push baby kaedahnya. Serius, walaupun badan tengah tahan sakit, tapi tetap rasa bertenaga, tak lemau tak lesu. Tiga kali push, dengan janyanya keluarlah baby Hana. Dalam wad, saya bancuh lagi ESP. Walaupun baru lepas keluarkan khalifah Allah ke muka bumi dan banyak sangat-sangat guna tenaga, badan tetap rasa tegap, takde rasa ketar-ketar. Duk dalam wad, member katil sebelah ingat saya admit sebab alahan masa mengandung. Bila tolak katil baby Hana, terkejut dia bila saya bagi tau dah bersalin tadi. Dia kata tak macam orang bersalin pun?? Muka tak pucat, badan tegap. Hehehe, alhamdulillah...

Dalam jam 8 malam, baru dapat keluar hospital sebab Hana lambat buang air besar. Kencing je banyak sampai berat diaper dia. Minum susu kuat, kencing pun banyakla. Sampai rumah, sebelum tidur saya telan zinc. Serius babe, luka tempat jahit tu cepat baik! Dalam dua hari tu dah tak rasa. Bersalin kali ni mudah sangat urusan pantangnya. Takdelah hazab nak telan pati ikan haruan yang super hanyir meloyakan tu. Telan zinc je buat ganti ikan haruan. Zinc ni pun membantu mengurangkan rambut gugur tau! Esok kalau time anak duk sebok menyembur air liur tu, takyah risau la. Takdenye rambut nak gugur secekak!


Monday, February 24, 2014

10 TESTIMONI SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE yang telah berjaya mencantikkan kulit masing masing

Salam semua...

Salam sihat kepada semua... kamu sihat sejahtera selalu kan?? Bagi yang selalu sangat timbul jerawat mesti la runsing kan... saya salah seorang yang selalu mengalami masalah ini.. jerawat mudah timbul akibat perubahan hormon, cuaca juga jika air yang tak bersih juga makanan yang ada elemen kegatalan tentu akan menimbulkan jerawat cute kat muka... Dah sememangnya jenis skin yang jenis... Saya baru balik dari join rekreasi office ke Tasik Banding.. ayoyo banyak bintik-bintik timbul... kat sana hanya makan Vita C sebab terlupa packing vits yang lain.. ini lah padahnya...

Ok back to story tentang kecantikan kulit.. Kat sini nak persembahkan beberapa TESTIMONI SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE yang sememangnya berkesan pada mereka mereka ni....

Sebelum itu mari lihat apa yang ada dalam SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE ini...



Dalam SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE terdapat...

Wednesday, February 19, 2014

CARA CEPAT HAMIL DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Salam semua...

Baca blog seseorang ni then tertarik dengan entry beliau... CARA CEPAT HAMIL... 





1) Tahu kitaran haid anda

Mengetahui bila ovari mengeluarkan ovum atau bakal mengeluarkan ovum akan memudahkan anda untuk mempunyai hubungan kelamin pada hari-hari yang betul. Ini semestinya akan meningkatkan peluang anda untuk hamil. Anda boleh mendapatkan Ovulation Prediction Kit (OPK) di farmasi untuk mengetahui kehadiran ovum dalam badan anda yang bersedia untuk disenyawakan dengan sperma


Anda boleh mengira masa subur anda menggunakan KALENDAR KESUBURAN >>> GLA COMPLEX dimakan mengikut pusingan haid seseorang wanita itu.

Tuesday, December 10, 2013

COQ HEALTH PLUS SHAKLEE boleh LEGAKAN SAKIT SARAF PESAKIT DIABETIS....

Salam Selasa semua...

Today nak share something different dari yang sebelum ini...

Lately saya selalu baca & follow DR ZUBAIDI website tentang kesihatan ini...then today nak sharing with uollss tentang SAKIT SARAF...

Jom baca Q & A dalam laman DR ZUBAIDI tentang PESAKIT DIABETIS YANG MENDERITA SAKIT SARAF...


Soalan ini diajukan oleh seorang anak yang prihatin tentan kesihatan ayahnya...Ayahnya pesakit diabetes & selalu mengadu tangan & kakinya selalu berasa sakit seolah olah dicucuk dengan jarum...pegang gelas pun tak mampu & terlepas pecah juga sukar nak lelapkan mata untuk tidur....

Sunday, October 20, 2013

Apa itu PCOS & Bagaimana Shaklee boleh bantu penghidapnya...

Salam semua...

Hampir 10 hari blog ini berhabuk tak diupdate...cuti ber eid adha juga kerana musibah yang berlaku & menimpa kami sekeluarga...semoga Allah sentiasa melindungi kami...aminn~~

Malam ni nak bercerita tentang PCOS...gara gara seorang customer yang bertanya tentang penyakit ini & apa yang Shaklee boleh bantu...

Sebelum melalut ke lain jom tambah ilmu mengenai apa itu PCOS??


Normal Ovary VS PCOS Ovary

Friday, October 4, 2013

VITAMIN SHAKLEE UNTUK MIGRAINE

Assalamualaikum semua...

Lama menyepi sebab attend course juga MC sehari sebab low blood pressure yang menyebabkan kepala pening pening sikit...rasa tak lengkap tak post kat blog sebab dah jadi hobi mengepost kat blog tersayang ni...hehe...

Hari jumaat yang bahagia ini nak cerita tentang MIGRAIN...(maklum la sebab dapat sakit kepala yang teramat sangat sampai saya tak boleh nak dengar & tumpu perhatian dekat apa yang lecturer cakap masa course tu...at last tidur dalam surau hotel baru lega sikit itupun kejap datang balik pening nya kejap hilang...betul betul tak suka dengan apa yang saya rasa...

Jom baca tentang migrain...

Tubuh kita memerlukan beberapa vitamin dan mineral untuk mengekalkan sistem saraf kita. Sistem saraflah bertanggungjawab kepada terjadinya sakit kepala atau migrain. Menurut pembacaan saya Riboflavin dan B6, beserta dengan vitamin D dan Magnesium menurut kajian dapat menggurangkan kekerapan berlakunya migrain.

Jika anda mengalami masalah migrain sila dapatkan vitamin atau multivitamin yang mengandungi nutrien berikut:


Tuesday, September 24, 2013

FEEDBACK dari KAWAN² tentang SHAKLEE...Terbaekk & Marvellous!!

Assalamualaikum semua...

Selamat pagi..harini dah 24 September..ini bermakna esok ramai yang dah dapat gaji...yahooooo!!! tapi kalau bagi insan insan yang berSHAKLEE ni...kami baru je bergaji tengah bulan ritu...tiba tiba esok nak dapat gaji lagi...memang MARVELLOUS la uolsssss....

Mukadimmah pagi ala² gedix plus nak promote suh join SHAKLEE juga sebenarnya...berminat ke??

Back to main objektif...sebenarnya nak cerita tentang KESERONOKAN, KEGEMBIRAAN, KEBAIKAN JUGA KEPOWERAN SHAKLEE bila insan insan ni makan shaklee dan seterusnya berminat untuk join shaklee & juga berBISNES shaklee...senang cerita macam saya la start dengan makan sendiri kemudian join & bisness...semua sebab ape?? takkan suka² je nak join kalau produk tu tak bagus kan?? tentulah sebab bagus & terbaik barula berani nak jadi ahli & promote...

Sharing sini beberapa KEGEMBIRAAN kawan - kawan terdekat tentang SHAKLEE....


Puan Nisa ni makan ALFALFA | OMEGA GUARD | B COMPLEX sebagai supplemen harian beliau...
"katanya ALFALFA tu memang elok so harus di war war kan...# dari pandangan en suami"




Pn Anis ni makan SET HAMIL + SET BERPANTANG SHAKLEE...Makan shaklee masa preggy anak no 2...tak ada mabuk time pregnant, bersalin pun mudah nak push, lepas bersalin nampak sihat & berseri, masa pantang luka cepat sembuh juga cergas BONUS...SUSU BADAN JUGA BANYAK & anak puas menyusu...

dan sekarang Pn Anis juga telah menjadi ahli SHAKLEE...


Mereka yang di atas ini adalah rakan rakan dekat saya...walaupun bukan membeli dengan saya tapi bila baca feedback mereka tentang SHAKLEE membuat saya rasa seronok kerana semakin hari semakin ramai yang dah merasai keSERONOKan  berSHAKLEE....

Jika anda masih belum menjumpai supplemen terbaik untuk diri & seisi keluarga anda...anda tidak perlu berfikir panjang...SHAKLEE la jawapannya...saya bukan promote kosong ye..tapi promote dengan bukti...

Berminat untuk mencuba atau terdapat sebarang pertanyaan bolehla PM saya @


MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN




Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

Thursday, September 19, 2013

B COMPLEX SHAKLEE lengkap dengan ASID FOLIC & seisi keluarga boleh makan...

Salam semua darling² sekalian...



Hari ini saya saya nak bercerita tentang vitamin B complex. Seperti kita sedia maklum, kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah Vitamin B complex. Bukan orang mengandung je yang perlukan B complex ye...

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin


Setiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.


Tanda - tanda Kekurangan B Complex:

Depresi
Murung
Insomnia
Kurang selera makan
Sembelit
Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
Kurang konsentrasi
Mudah tersinggung
Melemahkan sistem saraf
Mengganggu fungsi otak
Pembentukan abnormal sel.
Kurang konsentrasi


KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
  

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?

Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.


Jadi, ambillah Shaklee tanpa ragu2 kerana B complexnya adalah lengkap dan asli. Haruslah anda berhati2 sekiranya vitamin B complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan2 seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau… Mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap?

Say no to sintetik VITAMIN...choose the NATURAL one!!

Sebarang pertanyaan or order boleh PM / Whatsapp saya @

MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
FB Page - Sarah Body Food

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN



Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

Wednesday, September 11, 2013

Tuesday, September 3, 2013

ASID FOLIK amat penting untuk 3 BULAN PERTAMA KEHAMILAN


Assalamualaikum Semua...



MENGAPA ASID FOLIK DIPERLUKAN?








BERAPAKAH JUMLAH ASID FOLIK YANG SAYA PERLUKAN?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.



APAKAH SUMBER MAKANAN YANG TERBAIK?



Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
• bayam, 1 cawan;
• kacang bendi, setengah cawan;
• asparagus, setengah cawan;
• lentil, setengah cawan;
• hati, 1 keping;
• 11 batang taugeh brussels;
• kacang mata hitam, 4 sudu makan;
• emping bran, 7 sudu makan;
• germa gandum, 25g / 1 aun;
• betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
• brokoli kukus, 2 pucuk;
• buah oren saiz besar;
• nasi putih, setengah cawan;
• oat, setengah cawan;
• kacang merah, setengah cawan;
• jagung saiz besar, 1;
• biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.



Siapa sebenarnya yang perlu B complex (lengkap dengan Asid Folik)?



Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang


Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex… :)

Berminat..boleh pm saya...


MAISARAH | 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
FB Page - Sarah Body Food
COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN



Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

Monday, September 2, 2013

CERGAS, CERIA & BERTENAGA UNTUK BAKAL HAJI

Assalamualaikum semua...

Hari ni dah 26 Syawal...maka 4 hari lagi akan tibanya Zulkaedah seterusnya Zulhijjah...diam tak diam bulan haji dah semakin hampir..tentu jemaah yang telah terpilih untuk menunaikan haji telah mempersiapkan diri untuk ke tanah suci untuk beribadat di kota Makkah...



Jika difikirkan logik..rata rata jemaah haji setiap tahun tentunya yang telah berumur lingkungan umur 40++...itu kira masih kuat lagi..yang lebih 60++ tentunya mengalami kekangan untuk menunaikan Rukun Islam kelima ini...

Ada yang sakit lutut & sendi..tak dapat nak berjalan lama...kena stop berkali kali...ada yang mata kurang jelas untuk mengaji..ada yang mempunyai sakit kronik seperti jantung, diabetes yang terpaksa sentiasa berhati hati dengan pengambilan makanan juga pelbagai masalah kesihatan lain lagi...


Berdasarkan perkongsian pengalaman seorang blogger...

"Sekadar perkongsian dengan anda, cuaca di Malaysia tidak sama dengan cuaca di Mekah dan Madinah. Cuaca di Tanah Suci, pada waktu siang adakalanya panas sehingga 45C dan pada waktu malam pula ia sejuk sehingga mencecah 17C.

Perbezaan suhu yang tinggi pada waktu malam dan siang menyebabkan ramai dikalangan para jemaah yang mengalami masalah kesihatan ketika berada di sana.

Selain itu, ibadah haji sebenarnya banyak menggunakan fizikal. Kita para jemaah perlu berjalan dengan jauh untuk menyempurnakan ibadah haji ini.

Setiap hari, kita akan pergi ulang alik ke masjid sekurang-kurangnya 3 kali.

Subuh 1 kali.
Zuhur 1 kali.
Asar, Maghrib, Isyak 1 kali.

Ini kerana, sekarang ini jarak antara hotel dengan masjid sudah semakin jauh. Melainkan anda menunaikan haji  dengan pakej swasta bernilai RM50k ke atas. Anda boleh tinggal di hotel bersebelahan dengan masjid.

Bagi saya, jarak paling dekat untuk jemaah haji Malaysia dengan Masjidil Haram adalah sekitar 600m. Ini yang paling dekat untuk jemaah haji dengan Muassasah Tabung Haji. Ada yang terpaksa berjalan 1.2km sehala untuk ke masjid.

Ini semua bergantung kepada 'rezeki' Allah nak bagi pahala banyak mana kepada anda. Kalau Allah nak bagi pahala banyak, Allah akan letakkan anda di hotel yang jauh. Banyak pahala anda akan dapat setiap kali melangkah ke masjid.

Cuba bayangkan, untuk ibadah solat fardhu di Masjidil Haram sahaja, anda terpaksa berjalan jauh setiap hari.

Ini belum dicampur dengan ibadah Umrah jika anda mahu melakukannya setiap hari atau selang sehari. Ibadah umrah memerlukan jihad yang lebih tinggi. Anda perlu keluar ke Tanah Halal untuk berniat, sebelum pulang ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah Tawaf dan Saie.

Satu pusingan tawaf sekitar 200m-500m. Bergantung jarak anda dari Kaabah. Anda perlu berjalan 7 pusingan. Selepas itu, anda perlu berjalan untuk ibadah Saie antara Bukit Safa dan Marwah sejauh 3.5km keseluruhannya.

Ini baru ibadah harian menunaikan Solat di Masjidil Haram dan Umrah sahaja. Belum dicampur dengan ibadah haji lagi.

Ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal yang lebih. Ia lebih mencabar.

1. Anda perlu ke Arafah menaiki bas. Jarak 20 km yang mengambil masa sekitar 1-2 jam. Jamm amat teruk di sana.

2. Kemudian, kita perlu berada di bumi Arafah selama satu hari sebelum ke Muzdalifah dan Mina.

3. Di Mina, kita perlu menunaikan ibadah melontar pada hari 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Pada waktu ini, setiap hari kita perlu berjalan sekitar 5km untuk menjalani ibadah melontar. Ini kerana khemah yang disediakan kepada jemaah haji muassasah agak jauh dari tempat melontar.

4. Kita juga ada pilihan, kita boleh pulang ke Mekah pada waktu ini. Dan kita perlu berjalan lagi sejauh 4-5km. Kemudian berpatah balik ke tempat melontar sejauh 4-5km lagi. Berulang alik selama 3 hari. Bergantung kepada cara menunaikan haji yang kita pilih.

5. Kita juga akan menunaikan ibadah tawaf dan saie pada waktu ini."


Sumber dari internet ~ Jarak Perjalanan Haji & Umrah

Kesimpulannya TOTAL JARAK UNTUK MENDAPAT 

HAJI = 51.93KM+
UMRAH = 10.15KM+


Cuba bayangkan, kita perlu menjalankan semua ibadah ini dalam keadaan orang yang ramai dan padat.

Cuba bayangkan, jika kita terpaksa menjalani ibadah haji dalam keadaan kurang sihat? Sedangkan kita berjalan 1 km pergi balik kerja pun dah termengah mengah...inikan pula 52km...

Untuk itu...para jemaah sekalian perlulah mempersiapkan diri masing masing dengan mengambil langkah bijak mengambil supplemen tertentu untuk memberi kecergasan juga kesihatan yang optimum...


SET ASAS HAJI


Sustained Released Vita C 500mg dah lama tak ada dalam pasaran so to be replaced with Chew Vita C...


SET KESIHATAN OPTIMUM (ASAS) ini terdiri daripada :

VitaLea - Multivitamin & multimineral untuk kesihatan tubuh badan yang optimum  mengandungi pelbagai vitamin lengkap untuk memberikan kecerdasan & tenaga sepanjang berada di tanah suci.

B complex - Berfungsi untuk membekalkan tenaga, meningkatkan ketahanan antibodi serta mengurangkan stress akibat kekurangan tidur sepanjang ibadah Haji.

Vitamin C - Meningkatkan imunisasi tubuh badan untuk melawan penyakit, elakkan selesema, batuk & demam.



UNTUK WARGA EMAS YANG MAHU MENUNAIKAN HAJI DI SARANKAN UNTUK MENGGUNAKAN SET INI :


SET KESIHATAN HAJI WARGA EMAS = SET ASAS + SET KESIHATAN SENDI



Bagi jemaah haji berusia 50 tahun ke atas, saya mencadangkan agar anda turut mengambil Set Kesihatan Sendi. Ini kerana sepanjang musim haji nanti, anda perlu banyak berjalan. Dan ini betul-betul memerlukan anda mempunyai kesihatan kaki yang baik.

Adakalanya, mereka yang berusia 40 tahun ke atas ini akan mengalami kaki kejang, kebas dan sakit-sakit di bahagian lutut.

Percayalah, jika anda mula sakit lutut atau kaki di sana, Nauzubillah. Anda perlu ditolak dengan wheelchair untuk ke sana dan ke mari. Ini mungkin akan mengganggu amal ibadah anda di sana nanti.

Saya mencadangkan anda mendapatkan SET KESIHATAN SENDI yang mengandungi :

Ostematrix - Mengelak kekejangan kaki akibat berjalan jauh. Membekalkan kalsium bagi menguatkan tulang untuk ibadah-ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal di sana.

Omegaguard - Mengurangkan sakit kepala, meningkatkan sistem imun tubuh, memelihari fungsi fungsi sendi dan anti-radang.

Advance Joint Health Tablet - Membekalkan glucosamine bagi memelihara kesihatan lutut untuk berjalan jauh.


Semua suplemen ini hanyalah sebagai cadangan sahaja. Anda boleh mendapatkan konsultasi dan khidmat nasihat daripada saya secara percuma untuk mengetahui lebih detail mengenai suplemen-suplemen di atas.

Semoga entry ini banyak memberi manfaat kepada anda semua...untuk anak anak yang ibu bapanya telah mendapat panggilan haji pada tahun ini anda mungkin boleh membantu mereka untuk lebih cergas semasa di Makkah nanti dengan menghadiahkan set set ini kepada mereka...

Sesungguhnya berbuat baik kepada ibu bapa akan di balas denga ganjaran pahala yang besar di akhirat nanti...

Semoga dengan kesihatan yang dikurniakan, mereka dapat meningkatkan amal ibadah sepanjang berada di Tanah Suci nanti.

Thanks..

Berminat untuk ketahui lanjut...boleh pm saya @

MAISARAH | 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
FB Page - Sarah Body Food
COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN



Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda