Salam Jumaat penuh barakah...
Tengah buat apa tu? Banyak yang sedang bersantai bersama keluarga maklumlah banyak yang bercuti harini kan?
Sebelum tu nak share sikit info tentang ENDOMETRIOSIS & FIBROID...
Endometriosis adalah keadaan perubatan yang membabitkan sekitar 89 juta wanita dalam usia melahirkan anak diseluruh dunia. Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus (endometrium, dari perkataan endo, "dalam", dan metra, "rahim") didapati tumbuh di luar uterus, pada atau kawasan lain badan. Biasanya, endometrium tanggal setiap bulan semasa kitaran haid; tetapi, bagi endometriosis, endometrium yang salah letak tidak mampu keluar dari badan. Tisu endometriotic masih tanggal dan berdarah, tetapi hasilnya berbeza: pendarahan dalaman, penguraian darah dan tisu yang tanggal, keradangan kawasan sekitar, sakit dan kemungkinan pembentukan tisu parut. Tambahan lagi bergantung kepada tempat tumbuh, berlaku gangguan kepada fungsi biasa bagi perkumuhan najis, pundi kencing, usus kecil dan organ lain dalam ruang pelvik mungkin berlaku.
Endometriosis merupakan keadaan yang disebabkan oleh estrogen berlebihan yang dihasilkan oleh tubuh wanita, dan timbul kebanyakannnya semasa tahun melahirkan anak.
Endometriosis dikaitkan dengan kurang kesuburan dan punca kedua terbesar kemandulan dikalangan wanita yang ovulate secara normal.
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser (non-carcinogenic tumor) yg berlaku dalam organ peranakan pada bahagian abdomen. Jenisnya pun ada macam-macam. Boleh rujuk kepada doktor yg lebih arif. Kalau kecil mungkin doktor bagi ubat atau biarkan sahaja. Kalau semakin besar , merisaukan juga tanpa dirawat. Semasa kecil lebih mudah dirawat untuk mengecutkannya.

