Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Monday, May 12, 2014

[ TESTIMONI ] HFMD anak Puan Norliza Cepat Pulih dengan MEALSHAKE & ESP

Dalam bulan lepas anak ofismate kena jangkitan HFMD yang berjangkiti di nurseri anaknya. Kesian anaknya baru umur 9 bulan je. Jom baca sejenak apa itu HFMD. Ramai rasanya yang belum tahu apa itu HFMD. 

Jika anak anda di hantar ke nurseri lagi tinggi kebarangkalian anak nak kena HFMD. Risiko amat tinggi. Mari berkenalan dulu dengan sakit HFMD.

Apa itu  Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ?

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat di seluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjang tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Namun kedangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian.



Apakah tanda tanda HFMD

HFMD ditandai oleh :
  • Demam dimulai dengan demam ringan, rasa tidak sihat dan hilang selera makan
  • Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan , tapak kaki dan kadangkadang di punggung (nappy area), lutut dan siku selepas 1-2 hari demam bermula
  • Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi / mulut selepas 1- 2 hari demam bermula
  • Ulcer mulut yang sakit 







Adakah penyakit HFMD sama dengan Penyakit Kuku dan Mulut ?

Walaupun namanya hampir sama tetapi penyakit kuku dan mulut adalah sama sekali penyakit yang lain dan disebabkan virus yang berbeza, tiada kaitan dengan HFMD. Penyakit kuku dan mulut adalah penyakit yang menyerang lembu, kambing dan khinzir.


Apakah penyebab HFMD?

Penyakit HFMD disebabkan oleh sekumpulan virus dalam kumpulan enterovirus. Virus yang paling sering menyebabkan HFMD adalah Coxsackievirus. Kadang kadang HFMD disebabkan oleh Enterovirus 71 (Lain lain virus dalam kumpulan enterovirus adalah polivirus, coxsackievirus, echovirus dan lain lain enterovirus)


Adakah HFMD ini serius?

Lazimnya HFMD adalah penyakit ringan. HFMD yang disebabkan oleh Coxsackievirus menunjukkan gejala ringan dan pesakit akan sembuh tanpa rawatan. Jarang sekali jangkitan Coxsackievirus menyebabkan viral meningitis dan memerlukan kemasukan ke hospital. Jangkitan Enterovirus menyebabkan viral menigitis dan kadangkala gejala yang lebih serius seperti encephalitis atau kelumpuhan menyerupai poliomyelitis. Encephalitis yang disebabkan oleh EV 71 boleh menyebabkan kematian. 


Adakah HFMD ini mudah berjangkit?

HFMD mudah berjangkit (moderately contagious). penyakit ini merebak dari seorang ke seorang melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan hidung, mulut, air liur, cairan dari blister atau najis pesakit HFMD. Pesakit HFMD boleh merebakkan jangkitan semasa minggu pertama penyakit. HFMD tidak menjangkiti binatang atau merebak dari binatang.


Selepas terdedah kepada jangkitan, bilakah pesakit menunjukkan gejala? 

Biasanya 3 hingga 7 hari selepas seseorang itu terdedah kepada jangkitan, pesakit akan mula menunjukkan gejala HFMD. Demam merupakan gejala pertama HFMD.


Siapakah mereka yang berisiko terhadap HFMD?

Semua orang berisiko mendapat jangkitan, namun teidak semua orang akan jatuh sakit. Kanak kanak berumur kurang 5 tahun lebih cenderung mendapat jangkitan dan menunjukkan gejala penyakit. Ini disebabkan mereka dalam kumpulan umur ini masih belum lali (belum immune) terhadap penyakit ini. Jangkitan yang berlaku akan meninggalkan imuniti terhadap virus berkenaan. Namun individu boleh mendapat penyakit HFMD kali kedua / seterusnya jika dijangkiti virus HFMD yang lain.


Apakah risiko yang akan dihadapi oleh ibu hamil jika terdedah kepada pesakit HFMD?

Semua orang berisiko mendapat jangkitan HFMD termasuk juga wanita hamil. Sehingga kini tiada bukti untuk mengaitkan HFMD dengan masalah seperti keguguran, lahir tidak cukup bulan atau kecacatan. Namun bayi yang lahir dari ibu yang sedang dijangkiti sangat berisiko tinggi mendapat jangkitan HFMD. 


Bagaiman diagnosa HFMD dibuat?

Diagnosa HFMD biasanya dibuat berdasarkan gejala klinikil. Ini kerana proses untuk mengenalpasti virus dari sample pesakit akan mengambil masa 1 - 2 minggu.


Bagaimana HFMD dirawat?

Tiada terdapat rawatan khusus untuk HFMD. Semua pesakit dirawat secara simtomatik. Mereka yang mengalami gejala HFMD dinasihatkan mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Doktor akan membuat keputusan bagi memasukkan pesakit ke hospital.


Bolehkah HFMD dicegah?

Walaupun tiada vaksin khusus untuk HFMD, namun penyakit ini mudah dicegah. Elakkan dari membawa kanak kanak ke tempat sesak seperti sekolah, tadika, nurseri, taman permainan, pasar, pasaraya atau kenderaan awam sekiranya mereka mempunyai gejala.


Amalkan kebersihan diri yang baik :
  • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, menukar lampin, membersihkan najis bayi dan sebelum menyediakan makanan
  • Basuh tangan sebelum memegang anak kecil sekembalinya dari tempat kerja
  • Galakkan anak selalu membasuh tangan terutama selepas bermain, ke tandas dan sebelum makan
  • Tutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk
  • Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran rumah
  • Basuh alat permainan, kerusi, permukaan meja dan lantai dengan larutan cair yang mengadungi klorin untuk mengelakkan dicemari oleh cairan tubuh yang mengandungi viris penyebab HFMD

HFMD di Nurseri / Taska / Tadika / Sekolah
  • Jika HFMD menjangkiti kanak kanak yang menhadiri nurseri, taska, tadika adalah dinasihatkan mereka tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh (lebih kurang 10 hari dari hari mula demam) bagi mengelakkan rebakan.
  • Amalan pencegahan sepertu di atas perlu di amalkan setiap masa
  • Penutupan premis selama 10 hari dari tarikh mula sakit pesakit terakhir boleh dilakukan sekiranya perlu. Sekiranya premis tersebut sekolah, memadai menutup kelas yang terlibat kerana kanak kanak yang lebih besar akan mengalami gejala yang ringan sahaja.

Nasihat kepada orang ramai

Ibubapa dinasihatkan untuk mendapat nasihat doktor sekiranya anak mereka mengalami gejala HFMD. Ibubapa patut berhati hati terhadap perubahan di dalam tingkah laku seperti mudah gelisah (irritation) dan mengantuk (sleepiness). Ibubapa harus segera membawa anak ke hospital dengan segera jika pesakit enggan makan dan minum, muntah berterusan atau kelihatan kurang sedar (drowsiness)

Bagaimana nak membantutkan gejala HFMD & mempercepatkan penyembuhan HFMD ?? 
Ibu bapa sekalian boleh cuba SET KANAK KANAK SHAKLEE ni untuk  meningkatkan Immunisasi anak anda.




TESTIMONI # 1


Testimoni Pn Norliza yang anaknya Wafa telah dijangkiti HFMD. Kulit Wafa mengelupas dan bersalin baru. Sepanjang HFMD Pn Norliza bagi anaknya MEALSHAKE + ESP (sedikit sahaja). Alhamdulillah .. 


                                            
                                    TESTIMONI # 2 
                                

Ni testimoni dari mummy Shaklee saya Kak Dalina perihal anaknya yang sudah nampak tanda tanda HFMD tapi bila amalkan SET 3M + Omega demam anaknya sekejap saja dah baik. 
Selain itu Kak Dalina bagi Mealshake dalam bancuhan susunya setiap pagi.

Kesimpulannya mencegah lebih baik dari mengubati. Jika anda sayangkan anak anda lebih baik berikan mereka nutrisi terbaik untuk mereka. Invest sedikit untuk kesihatan mereka yang berpanjangan. Rugi ke? sama sekali tidak ye.

Bulan ni better anda grabs MEALSHAKE cepat.. sebab apa kena bulan ni? sebab bulan ni tengah PROMO MEALSHAKE BUY 6 FREE 1. 

Nak tak? lekas contact no bawah ni. 


MAISARAH 
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, SERDANG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN



Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda