Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Sunday, April 13, 2014

5 CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN (EBM) supaya muat peti sejuk serta PENGENDALIANNYA

Salam semua... salam ceria & sihat selalu ye..

Bersiaran di Alor Setar hari ni... pagi yang aman & mendamaikan..:)
Today nak story tentang hal penyusuan susu ibu... sebab ramai fb friend yang baru deliver baby.. bestnya dapat baby baru..:)

Ramai kawan-kawan saya yang bertanya tentang isu ini especially yang baru menjadi ibu dan bersemangat untuk membuat stok ebm buat anak-anak tersayang.





Soalan 1:

Berapa lama susu saya boleh bertahan:-
a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais Bawah ( 2 Pintu)
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu)
e) Deep Freezer




Jawapan :
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais...banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi jawapan saya ini telah saya sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga base pada kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman saya sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali2)...



a) suhu bilik - bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja 
b) Peti Ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja...kerana suhu bagi peti ais satu pintu tidak sama dengan yang 2 pintu..Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bawah, susu di bahagian atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua2 bahagian sekaligus...
c) Peti Ais Bawah (2 Pintu)- bertahan paling lama 72 jam tetapi  saya lebih suka amalkan 48 jam sahaja.
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - bertahan paling lama 3-6 bulan (bergantung kepada kekerapan membuka pintunya...semakin kerap semakin kurang jangka hayatnya..saya ambil 3 bulan sahaja...
e) Deep Freezer - bertahan paling lama 6-12 bulan (lamakan...subhanallah)...juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka...* setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah..



Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan (thawed)...hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya...dan apa yang saya paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja...apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa (kita lebih tau dah basi ke belum)...so, walaupun sudah terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya allah...Dan harus juga diingatkan bahawa susu yg di simpan di bahagian dalam peti ais lebih better dari yang di simpan di tepi pintu peti ais...



Soalan Kedua :-
Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?



Jawapan :-
Saya lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan :
a) Susu fresh (susu yg di sejukkan di bahagian bawah) - (selepas di panaskan) jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam..
b) Susu beku (Thawed) - (selepas di panaskan) - bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang...



Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air liur/sa liva baby juga ada bacteria dan enzyme...dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh...kerana proses pembekuan tuh sebenarnyer mengubah / memusnahkan beberapa komponen dlm susu...



Soalan ketiga:-
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?



Jawapan :-
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan..dan sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan warmer...dan harus diingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius...ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut...

Saya beli warmer.. tapi last last guna air suam juga.. huhu...



Soalan ke empat :
Boleh kah saya mencampur2kan susu jam 2 ptg dengan 6 ptg??



Jawapan :-
Sebenarnya saya tidak berapa advise untuk susu di campur2kan...tetapi sebagai panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama...kadang2 sedikit2 dan adakalanya banyak...so, jawapan ummi ialah BOLEH...syaratnya susu2 yg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja (maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam)..dan syarat kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam...apabila suhu kedua2 susu yg ingin di campurkan tersebut telah sama...baru lah boleh di campurkan kedua2nya...



Soalan kelima :-
Bolehkah susu yang saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum...tetapi tidak habis...bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan???



Jawapan :-
Actually saya tidak begitu menggalakkannya tetapi base pada experience  saya sendiri..BOLEH...syaratnya begini...kita pam dapat sekitar 4 oz...asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standy(kalau tak cukup)...so, susu yg belum di minum ini masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan...dan bagi yg telah di minum..ummi tak galakkan...sbb campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme...so, kita lebih tau banyak mana anak kita perlukan...asingkan siap siap ok...


Anak saya Firas masuk dalam kategori minum susu sikit tapi kerap.. jadi saya buat bekalan ke nursery pun 3 oz each botol sebab kalau bagi 5 oz lambat dia nak habiskan... takut susu rosak pulakkan...

Semoga tips tips kat atas ni boleh di gunakan & di praktikkan oleh ibu ibu... In shaa Allah..

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu... si ibu perlulah mengambil supplemen yang bersesuai kerana tentu sekali kita tak mau susu yang di hasilkan kurang kualiti kan?? susu yang pekat & kaya dengan nutrisi lah yang diperlukan untuk anak kita... si ibu boleh cuba..




TESTIMONI SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE




Teruja tak tengok & baca kisah succes ibu ibu ini?? Anda juga mampu tau... In shaa Allah... ingin mencuba SET PENYUSUAN 3 M SHAKLEE ni boleh hubungi saya ye.. saya juga seorang breastfeeding mommy... seronok sangat anak di susui dengan susu kita... :)


MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, SERDANG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN




Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

No comments :

Post a Comment