Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Friday, April 18, 2014

Tips Mengurangkan Sakit Bengkak Susu Selepas Bersalin

Salam sihat ceria semua...
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya mengalami bengkak susu sewaktu lepas  bersalin setahun setengah yang lepas.
Beberapa hari selepas bersalin, saya mengalami bengkak susu sehingga demam dan badan menggigil menahan sakit. Bagi yang pernah mengalaminya pasti tahu bagaimana rasanya. Memang sakit sekali sampai demam-demam. Pendek kata, kalau diberi 4 helai selimut pun tak cukup untuk menahan badan yang menggigil kesejukan. Itulah bahana bengkak susu. Sakit teramat tak tahu nak describe.


Bengkak susu biasanya dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin disebabkan ada jalan atau saluran susu yang tersumbat. Ini menyebabkan susu tidak dapat keluar dan boleh menyebabkan ibu yang mengalaminya demam. Bila ini terjadi, anda akan dapati payu dara anda nampak berkilat, sakit, tegang dan keras serta agak panas apabila dipegang. Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut.  Tidak dapat disangkal, sakit bengkak susu ini juga adalah antara punca kenapa ada ibu yang give up untuk menyusukan bayi kerana tidak tahan menanggung sakit. Saya pada mula mula nya mengalami bengkak susu sebab saya tak pandai nak bagi anak minum sebab anak sulung kan.. tapi sememangnya cepat betul dah bengkak susu.
Bengkak Susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis. Mastitis kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.
Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.
Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negetif kepada bayi. Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.
Gejala- Gejala Mastitis (Bengkak Susu)
Tanda dan gejala boleh muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur seperti:-
  • Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
  • Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
  • Payudara menjadi bengkak
  • Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
  • Kulit payudara menjadi merah
  • Demam 38 C atau lebih
Sebab Mastitis (Bengkak Susu)
Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda. Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.
Siapa yang berisiko
Berikut adalah keadaan yang boleh membuatkan anda berisiko untuk mengalami mastitis:-
  • Puting sakit atau luka
  • Sejarah mastitis pada kandungan dulu. Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
  • Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
  • Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu.
Bila anda perlu jumpa doktor
Dalam kebanyakan kes, anda akan berasa tidak sihat seperti gejala selsema selama beberapa jam sebelum anda menyedari kemerahan pada kulit payudara anda. Bila sakit sudah terasa eloklah berjumpa doktor dengan segera.
Doktor akan memeriksa payudara anda untuk mengesahkan diagnosis dan selalunya antibiotik akan diberikan. Rawatan antibiotik selalunya berkesan sekiranya masalah anda masih di peringkat awal. Sekiranya sakit tidak surut selepas dua hari dengan rawatan antibiotik, eloklah anda kembali kepada doktor anda untuk memastikan tiada pembentukkan nanah dalam payudara anda.
Jika ini juga terjadi kepada anda, boleh cuba langkah dan tips berikut :
  • Bermula dari hari ke 2 selepas bersalin, tuam payu dara dengan tuala yang telah direndam dengan air suam.Tapi biasanya kalau buat macam ni, sekejap saja tuala dah sejuk balik dan nak kena tukar air suam lagi. So what is the best way? Jika ada botol susu baby, isikan dengan air panas, balut dengan kain atau tuala dan tuamkan ke payu dara. Dengan ini air panas didalam botol akan tahan lama sikit dan anda tak payah nak tukar air atau celup tuala kedalam air suam selalu. Selain dari itu, baju anda juga tidak akan basah.
  • Jika anda mempunyai tungku, boleh juga digunakan untuk tuam payu dara anda bagi mengelakkan bengkak susu. 
  • Urut payu dara anda dengan minyak panas atau minyak gamat. Tujuannya untuk memecahkan ketulan-ketulan susu yang tersumbat. Cara urutan ialah letakkan ibu jari dibahagian yang berketul, urut dengan cara putaran (tak kiralah, ikut arah jam atau lawan arah jam) sehingga anda merasa ketulan mulai lembut. Kemudian urut ke arah puting dan picit perlahan-lahan sehingga keluar susu. Cara ini mengambil masa sehari ke tiga hari juga kerana anda perlu menahan sakit dan urut berulang kali. Tapi sebenarnya ini adalah cara terbaik jika payu dara anda telah mula tersumbat.
  • Mandi dengan air suam. Jika dirumah anda ada pemanas air, setiap kali mandi anda boleh siram payu dara dengan air suam. Ini untuk membantu melancarkan saluran susu yang tersumbat.
  • Hubungi hospital bersalin dan doktor / nurse yang merawat anda. Jika tak tahan sangat sakit, anda boleh saja terus ke hospital untuk meminta mereka yang pakar membantu anda.
  • Letak kobis…??? — Errr… maaf, tapi saya kurang setuju dengan cara ini. Sebab ia hanya sekadar mampu mengurangkan rasa sakit, tapi susu masih juga tersumbat. Jika diamalkan dengan kerap, ia boleh mengurangkan susu anda pula nanti. Pernah dengar Kakak kat ofis tempat saya kerja ni cerita dia awal awal dalam pantang lagi dah letak kobis kat puting susu tu sebab sememangnya tak nak breastfeed anak tak mau nanti susah nak pergi kerja... ( ada juga ibu yang jenis camni ye)




Bengkak susu boleh di atasi dengan banyak cara antaranya :

1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap. Jika ibu bekerja pastikan anda pam setiap 3 jam untuk elakkan bengkak susu terjadi. Cara Penyimpanan Stok EBM
3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba! Boleh baca tentang TIPS TIPS PENYUSUAN SUSU IBU 
4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

Anda mengalami masalah dalam penyusuan susu ibu??
Anak tak kenyang susu, anak tido tak lena, anak juga meragam sebab asyik lapar je... Susu anda cair? Production susu merudum... anda dalam kerisauan??? 
Jom baca testimoni SET 3M PENYUSUAN SHAKLEE
Gembiranya kan kalau anda dapat memberikan titisan berharga untuk anak anda...
My breastfeeding journey boleh baca kisahnya....

Pembelian dengan saya akan di sertakan jadual makan yang teratur untuk seharian anda selain tips tips penyusuan. Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan & info.

MAISARAH
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, SERDANG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN

Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

No comments :

Post a Comment