Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Wednesday, February 26, 2014

BAHAYA PNEUMONIA PADA ANAK KECIL



Salam semua...

Sememangnya sudah lama berhajat nak sharing tentang Pneumonia. Anakku Ammar Firas telah warded kerana Pnemococcol Pneumonia. Telah warded selama 7 hari juga. Jenuh la naik boring kat Hospital. Hati ibu mana yang tak kesian bila anak kecil perlu di neb setiap 4 jam, perlu di beri antibiotik setiap 6 jam. Pelbagai jenis antibiotik kena masuk dalam badan kerana jangkitan kuman tu telah memenuhi satu loop paru paru sebelah kanan atas Firas. Bila di lihat pada X ray nya memang nampak tompokan hitam. Mula mula doktor masih belum confirm lagi tapi after urine test memang Firas positif Pnemococcol Pneumonia. Risau berbaur menyesal sebab tak take care anak baik baik dan tak ambil langkah pencegahan awal. Anak anak yang tinggal di taska mempunyai risiko yang amat tinggi untuk berjangkit dengan Pneumonia.

Setelah 3 hari demam anakku tak kebah kebah kejap on kejap off dan yang terakhirnya berturut turut 39.5 - 40 darjah celcius tak turun turun. Jadi para ibu bapa sila bertindak cepat jika anak anda mengalami demam panas yang tak kebah kebah dan suhu sukar nak turun.





Jadi kat sini saya nak share tentang Pneumonia untuk tambah ilmu anda semua tentang betapa pentingnya memantau kesihatan anak anda.

PNEUMONIA BOLEH BAWA MAUT.. JANGAN AMBIL MUDAH JIKA ANAK ANDA BATUK, SELSEMA & DEMAM

Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.


Bagaimana Pneumonia terjadi?

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.





Punca dan bagaimana ia merebak?

  1. Bakterium streptococcus pneumoniae atau pneumokokus;
  2. Boleh merebak dengan orang yang sedang sakit dengan pembawa; dan
  3. Titisan air melalui pernafasan dari hidung atau mulut orang yang telah dijangkiti.

Siapa yang terdedah kepada Pneumonia?

  • Anak-anak bawah 5 tahun
  • Golongan berusia kerana pada usia ini, sistem imun badan sangat lemah.  
  • Malah individu dengan masalah diabetes, jantung kronik, paru-paru, buah pinggang, hati, gangguan kekurangan imun (immunodeficiency), HIV/AIDS serta implan kornea juga boleh dijangkiti penyakit ini.  Manakala individu tanpa limpa atau limpa tidak berfungsi seperti sepatutnya dan individu yang pernah mendapat rawatan pneumonia juga berisiko.


Simptom Pneumonia

♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Gejala Pneumonia

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.



Rawatan Pneumonia

Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.





Langkah pencegahan Pneumonia

  1. Penjagaan diri dari segi kebersihan
  2. pengambilan makanan berkhasiat >>> boleh cuba MEALSHAKE SHAKLEE
  3. pengambilan vitamin/suplemen bagi menampung kekurangan vitamin dan zat dalam diet harian.
  4. Membina sistem imun yang sihat melalui vaksin atau vitamin/suplemen semulajadi.
  5. Penyusuan eksklusif yang meningkatkan imuniti anak-anak.



SUSU IBU MEMPUNYAI ANTOBODI & ANTIVIRAL


Jadi, wahai ibubapa, berbalik kita kepada konsep asal penyusuan ekslusif itu penting, perjuangkanlah sehingga 2 tahun atau setidak-tidaknya 6 bulan.  Kita sayang anak-anak kita kan?  Sudah menyusukan tapi tetap anak mudah terkena jangkitan? 

Mungkin susu kita boleh ditambah baik dengan usaha mengkualitikan susu badan(walau ada setengah pihak tak setuju dengan kenyataan ini) dengan diet seimbang ibu serta nutrisi yang cukup setiap hari dengan pengambilan vitamin/suplemen.


Perbezaan batuk biasa dan batuk pneumonia

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.

♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.


5 Tips Mudah untuk Elakkan Pneumonia

1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.






MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, SERDANG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN




Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda