Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Wednesday, February 19, 2014

Warna AIR KENCING dan PENYAKIT berkait rapat

Salam sayang semua...

Sejak akhir akhir ini saya mahu share tentang ilmu yang berinformasi pada semua pembaca Sarahbodyfood. Kali ini nak bercerita tentang WARNA AIR KENCING dan kaitannya dengan PENYAKIT.

Makna Warna Air Kencing


Selalunya bila kita buang air kecil, kita jarang ambil kisah pada warnanya. Kadang-kadang tu bila nampak kekuningan sedikit, kita fikir.. ni sebab kurang minum air. Sebab tu jadi macam tu. Betullah juga. Bukan itu saja, tidak semua warna air kencing yang tidak normal adalah berita buruk, malah ada juga makanan dan minuman yang boleh mempengaruhi warna air kencing.
Tapi tahukah anda, air kencing boleh memberi maklumat yang lebih. Perubahan pada warna dan bau air kencing boleh memberi petunjuk penting tentang status kesihatan seseorang. Warna air kencing boleh mendedahkan apa yang telah dimakan, minum dan mungkin berubah disebabkan oleh sesuatu yang berbahaya seperti ubat-ubatan, penyakit berjangkit dan juga kanser.


Kandungan Urine


Menurut seorang professor urology dari University of California, San Francisco, sekiranya kita melihat darah dalam air kencing, walaupun sekali, kira perlu pergi jumpa doktor sebab ia boleh menjadi tanda-tanda awal batu karang atau sejenis kanser. Katanya lagi, kalau warna air kencing macam Coca Cola, ia mungkin disebabkan darah lama dari tumor atau batu karang atau darah beku di dalam buah pinggang. Selain itu kerosakan hati juga boleh mempengaruhi warna air kencing.

Dehidrasi adalah punca masalah kencing yang sering dihadapi oleh ramai orang. Dehidrasi ini walaupun ia kedengaran biasa ia boleh menjadi sangat serius dengan cepat. Bila air kencing menjadi pekat, buah pinggang boleh menjadi tersumbat sehingga ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Sekiranya air kencing menjadi gelap atau keruh adalah baik kita dapatkan pemeriksaan doktor. Tapi pastikan dulu bukan kerana makanan atau minuman yang kita ambil pada hari tu. 


Jika air kencing anda berwarna seperti ini AWAS segeralah berjumpa doktor kerana kemungkinan ada darah dalam urin. Mungkin juga akan berkaitan dengan buah pinggang.

Mengambil vitamin larut air dengan berlebihan contohnya vitamin B complex boleh membuat air kencing kelihatan kuning neon. Begitu juga kalau kita makan makanan tertentu seperti sayur asparagus, petai atau jering boleh membuat air kencing menjadi busuk dan ini tidak menandakan bahawa kita menghidapi apa-apa penyakit. Tapi jangan risau anda hanya perlu minum air putih yang mencukupi supaya warna air kencing anda bukan berwarna yang pelik pelik.

Anda juga disarankan jangan menahan kencing kerana... 


" Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing "



Kesimpulannya, sekali sekala perlu juga monitor warna air kencing kita. Kalau nampak lain dari biasa tu, ia mungkin satu ‘warning signal’ kepada kita. Musykil tentang warnanya segera jumpa doktor ye.




MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, SERDANG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN




Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

No comments :

Post a Comment