Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Tuesday, February 18, 2014

BAHAYA KEKURANGAN ZAT BESI PADA WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN

Salam semua...

Ibu hamil selalu di kaitkan dengan kekurangan zat besi. Zat besi boleh diperolehi dari sumber makanan seharian kita tetapi kebanyakannya telah musnah akibat dari proses masakan.




Makanan yang menjadi sumber zat besi adalah seperti berikut:


Yang ni untuk ilustrasi yang lebih menarik..







Apakah tanda tanda KEKURANGAN ZAT BESI ?


1. Ramai ibu hamil terlepas pandang keadaan letih, pucat, jantung berdegup laju, emosi terganggu, lemah letih lesu dsb dalam tempoh hamil sebenarnya selain dari perubahan hormon, ia menandakan gangguan serius anemia (kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya).

2. Kekurangan zat besi yang serius akan memberi kesan kepada ibu dan bayi yang dikandung. zat besi perlu di ambil sebelum mula hamil lagi dan semakin bertambah penting selepas melahirkan anak dan disepanjang tempoh penyusuan.

3. Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelansungan hidup maka adalah perlu wanita yang menghadapi risiko anemia merancang dan menjaga diri ketika hamil dan selepas melahirkan.

4. Kekurangannya berpunca dari diet yang tidak seimbang, penyerapan nutrien yang rendah, kesan sampingan ubatan tertentu, faktor genetik, kehilangan darah yang teruk serta kehamilan. wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri juga utk tumbesaran bayi yang dikandung.

5. Keadaan anemia ketika hamil dan selepas melahirkan sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu akan meninggal dunia.

6. Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, ketika tempoh hamil dan menyusukan bayi, disarankan mengambil makanan yang kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, bijirin penuh, buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu dan tauhu. kebanyakan kes doktor menyarankan pengambilan pil zat besi utk merawat anemia. pilih rumusan yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting utk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu menangani anemia semasa hamil serta mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

7. Bagi mengoptimumkan penyerapan zat besi, adalah disyorkan supaya pengambilan vit C juga ditambah dalam diet harian. pengambilan ini perlu diteruskan sehingga berhenti menyusukan bayi. disarankan agar sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang utk hamil, semasa hamil serta antara 4 hingga 6 minggu selepas melahirkan anak.


Secara keseluruhannya kesan kekurangan zat besi ini akan dilihat jika sesiapa saja mengalami masalah masalah seperti yang disenaraikan di atas.


Siapa yang lebih berisiko KEKURANGAN ZAT BESI?

  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya


Berikut adalah petikan artikel dari Harian Metro komentar dari Dr Premitha tentang KEKURANGAN ZAT BESI PADA WANITA  kredit to HarianMetro

“Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan. 

Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan. 

Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi. 

Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

“Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

“Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

“Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.

Melalui artikel ini daya penyerapan zat besi akan lebih baik & cepat jika di ambil bersama dengan Vitamin C. Itulah sebabnya doktor menyarankan zat besi diambil bersama jus buah-buahan seperti oren, mangga kerana mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi. 

Pengambilan zat besi bersama dengan kopi, nesface akan melambatkan penyerapan zat besi. 

Justeru itu adalah amat disarankan ibu hamil tidak gagal mengambil Zat besi + Vitamin C sepanjang proses hamil & di sarankan meneruskannya sehinggalah penyusuan anak berakhir. Sebaik baiknya adalah diteruskan sepanjang hayat.

Dalam Shaklee anda boleh mengambil 2 Vitamin hebat iaitu VITALEA SHAKLEE & VITA C SHAKLEE yang dapat melengkapkan keperluan untuk anda.











Berminat untuk mendapatkan 2 produk hebat ini boleh la menghubungi Sarah ye...

HARGA BEST, READY STOCK!



MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, SERDANG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN




Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

No comments :

Post a Comment