Salam semua...
Anak tengah demam dah masuk 4 hari dah...dalam hati risau ni kalau suhu badan nye kejap turun kejap naik harini memang nak buat ujian darah..risau pulak takut demam denggi je...
Teringat dulu tahun 2008..mak & abah kedua duanya masuk wad selang seminggu sebab DEMAM DENGGI...dimulai dengan abah seminggu jadi penghuni Hospital Besar Ipoh (kini Hospital Raja Permaisuri Bainun) & disusuli mak seminggu kemudian setelah abah discharge dalam 2,3 hari...mak pulak masuk wad sebab demam denggi...risau woo sebab orang yang berumur kalau demam denggi susah sikit nak baik...abah sampai tahap kena masuk darah..mak melalui prosedure biasa je masuk air....
Semoga anakku Ammar Firas demam ni bukan sebab denggi sebab risau juga anak ofismate baru je warded sebab demam denggi bila dah muntah susu & tak mau makan...
Untuk anakku itu saya dah beri dia minum NUTRIFERON beberapa sachet dengan sukatan separuh nutriferon dalam 1oz air zam zam...Alhamdulillah dia boleh main² dengan alat permainannya bila dah kebah sikit tapi demamnya berulang lagi & panas naik....itu yang merisaukan... saya juga minum PERFORMANCE DRINK juga makan VITALEA & OMEGA GUARD supaya semua kebaikan dalam setiap tablet & minuman itu boleh disalurkan kepada anak melalui susu ibu...
Dalam shaklee untuk masalah DEMAM DENGGI ada beberapa yang disarankan untuk pesakitnya ambil iaitu :
APA ITU PERFORMANCE DRINK & NUTRIFERON ?
Secara ringkasnya PERFORMANCE DRINK adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar).
NUTRIFERON pula untuk tingkatkan sistem imun. Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit.
Abih kisah produk shaklee untuk DEMAM DENGGI...bagi yang kurang nak ambil tahu apa itu DEMAM DENGGI jom baca sikit info di sini...
Eh sebelum itu jom layan TESTIMONI PERFORMANCE DRINK & NUTRIFERON UNTUK DEMAM DENGGI
APA ITU PENYAKIT DENGGI?
Dalam shaklee untuk masalah DEMAM DENGGI ada beberapa yang disarankan untuk pesakitnya ambil iaitu :
APA ITU PERFORMANCE DRINK & NUTRIFERON ?
Secara ringkasnya PERFORMANCE DRINK adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar).
Bagi saya minuman Performance Drink Shaklee ini diperlukan oleh setiap ahli keluarga anda yang tersayang. Sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda yang riang dan aktif.
Jadi kedua dua nya amat perlu sekiranya anda DEMAM DENGGI.
Abih kisah produk shaklee untuk DEMAM DENGGI...bagi yang kurang nak ambil tahu apa itu DEMAM DENGGI jom baca sikit info di sini...
Eh sebelum itu jom layan TESTIMONI PERFORMANCE DRINK & NUTRIFERON UNTUK DEMAM DENGGI
Testimoni # 1 ~ Demam tak kebah²..suspect Denggi...
Testimoni # 2 ~ Platlet naik ke tahap normal..Alhamdulillah
Testimoni # 3 ~ Ibu nampak lebih baik tak de lemah je after Nutriferon & Performance Drink
APA ITU PENYAKIT DENGGI?
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.
Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.
JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI
Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:
a. Demam denggi klasikal.
Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.
b. Demam denggi berdarah.
Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.
AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.
Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.
PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI
Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yang membawa virus denggi iaitu:
1. Aedes aegypti
Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.
2. Aedes albopictus
Ciri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan.
Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.
Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.
Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.
CARA JANGKITAN
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.
Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.
Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.
Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.
TEMPAT PEMBIAKAN
Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.
A. Di dalam rumah
1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.
3. Perangkap semut.
B. Di luar rumah
1. Di dalam tayar buruk.
2. Saluran air hujan.
3. Tin-tin kosong atau botol.
4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan
5. Cawan getah
6. Lubang pokok
7. Tunggul buluh
8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas
Jadi please make sure tak da takungan air kat dalam rumah & sekitarnya ye...
AWAS!!!! ANDA AKAN DIDENDA JIKA DIDAPATI MEMBIAK NYAMUK AEDES DI KAWASAN RUMAH.
TANDA-TANDA ATAU GEJALA
1. Demam Denggi Klasikal
Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati.
Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.
2. Demam Denggi Berdarah
Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.
Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.
Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).
Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.
RAWATAN
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
1. Rawatan Demam Denggi Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu:
a. mengurangkan demam(suhu badan)
b. mengelakkan dari perdarahan berlaku
2. Rawatan Demam Denggi Berdarah
a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
b. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.
d. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.
Jadi jangan ambil mudah tentang Nyamuk Aedes...Demam Denggi jika dah sampai darah sudah tercemar amatlah bahaya & boleh bawak maut tapi jika anda sentiasa beware In shaa Allah boleh dikurangkan masalah ini...
Nak cari 2 produk untuk DEMAN DENGGI boleh la cuba...
Nak cari 2 produk untuk DEMAN DENGGI boleh la cuba...
MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN
Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda
No comments :
Post a Comment