Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Wednesday, April 16, 2014

SUSU IBU vs SUSU FORMULA : Kebaikan dan Keburukannya

Salam semua...

Anda mahu memilih untuk beri anak anda susu ibu atau susu formula? Mungkin ibu-ibu diluar sana  tertanya-tanya kebaikan susu ibu kepada bayi anda, terutamanya pada mereka yang baru bergelar ibu tapi mungkin ramai juga diantara kita yang telah mengetahui kelebihan susu ibu. Tak kurang juga ibu yang awal awal lagi sudah mahu memberikan anak dengan susu formula kerana di sogokkan dengan cerita yang tak sahih tentang susu ibu dan menyusu badan.

Banyak kajian yang dilakukan seantero dunia telah membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula lain. Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak- anak. Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi kerana ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah. Hari- hari pertama selepas kelahiran, ibu- ibu digalakkan menyusui bayi untuk membekalkan antibodi yang cukup. Walaupun terdapat perkembangan teknologi makanan moden yang cuba merumus susu formula agar menyamai susu ibu, namun khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Itulah hebatnya kurniaan Allah.

Melalui hasil pembacaan hari ini , terdetik di hati ini nak berkongsi sedikit maklumat mengenai kelebihan susu ibu ini berbanding susu formula. Harap-harap dapatlah bermanfaat untuk semua ye…

Kebaikan Susu Ibu

Nak tahu tak yang susu  ibu itu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi dan ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, dan tiada pencemaran.
Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan.
Apa pula pentingnya kolostrum ini pada bayi?
Sebenarnya kolostrum ini boleh membantu bayi anda untuk mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.
Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.
Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari dan sekaligus susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.


Cuba tengok perbandingan antara susu ibu vs susu formula ni terlalu banyak bezanya.
Kenapa susu ibu ??? 
  • Enzime ~ Enzim lipase yang terkandung di dalam susu ibu boleh menghadamkan lemak. Kandungan lemak adalah berubah semasa penyusuan ibu iaitu lemak adalah rendah pada permulaan penyusuan (foremilk) dan tinggi pada akhir penyusuan (hindmilk) atau disebut susu akhir. Enzim- enzim dalam susu ibu akan menghadamkan lemak dan ini menyebabkan ia senang dibekalkan kepada bayi sebagai tenaga.
  • Antibodi Antara kebaikan susu ibu ialah mengandungi komposisi nutrien yang sesuai dan cukup dengan perkembangan bayi yang membesar. Susu ibu bebas daripada bakteria kerana ia mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dapat membentuk antibodinya sendiri.
  • Anti Parasit , Anti alergiLemak merupakan sumber utama bagi bayi. Susu ibu juga mengandungi zat besi yang mudah diserap oleh bayi kerana di dalamnya terdapat laktoferin berbanding susu formula. Kandungan vitamin A dan C dalam susu ibu adalah tinggi berbanding susu lembu. Susu ibu tersedia bila- bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril.
  • Protein & Zat besi yang tinggiProtein di dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak. Protein susu ibu mudah dihadam dan diserap. Apabila susu lembu diberi kepada bayi, kuantiti protein yang dihadam dan serap adalah rendah menyebabkan banyak hasil pecahan protein. Perkembangan otak boleh terganggu jika paras hasil pecahan protein dalam darah adalah tinggi. Susu ibu tidak membebankan ginjal bayi dan ia tidak perlu menyimpan air yang berlebihan.
  • DHA / AHA yang tinggiKebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar kepada bayi malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Kajian menunjukkan anak- anak yang berusia sembilan dan lima tahun yang mendapat susu ibu mempunyai IQ sebanyak 12 dan 9 kali lebih tinggi daripada anak yang seusia yang tidak mendapat susu ibu. Penelitian ini menunjukkan hikmah Allah menggalakkan penyusuan ibu yang lengkap bagi menjamin keberterusan generasi berkualiti. Kajian di Belanda pula menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) yang tidak diperolehi dalam susu formula penting untuk pertumbuhan sistem saraf dan juga tumpuan otak.

Selain itu, tidak timbul masalah kebersihan dalam pengendalian menyusukan bayi.  Sejajar dengan firmanNya “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.” (Luqman:14). 


Kelebihan Susu Ibu

Banyak lagi faedah yang boleh diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat.
Antaranya ialah
1) Susu ibu meningkatkan perkembangan otak dan saraf bayi anda dan kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.
2) Menyusukan anak dapat membantu ibu untuk mengurangkan berat badan kerana penyusuan ini dapat membakar kalori
3) Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit kerana susu ibu mengandungi bahan anti kuman yang dapat melindungi bayi dan belum ada lagi bayi yang alah dengan susu ibu.
4) Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu kerana dapat merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.
5) Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.
6) Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.
7) Di samping itu, penyusuan bayi dapat membantu mengecutkan rahim, mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko kanser buah dada dan ovari. Yang lebih istimewa, penyusuan badan dapat menyerlahkan lagi naluri keibuan dan menjana ikatan kasih sayang antara ibu dan anak kerana dalam proses menyusu, hormon prolaktin terhasil dan ia merangsang perasaan keibuan.

Kekurangan Susu Formula

Mari kita lihat pula antara kekurangan susu formula dibandingkan dengan susu ibu ialah
  • khasiatnya yang tidak sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.
  • Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap oleh bayi.
  • Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna.
  • Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.
  • Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.
  • Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.
  • Beberapa proses tertentu perlu dilalui untuk menukar kondisi susu dari bentuk cecair ke bentuk serbuk. Jadi disini boleh lah dikatakan ianya tidak lagi semula jadi berbanding dengan susu ibu
Tapi susu formula ada juga kebaikan kepada Ibu iaitu :
1) Sesiapa sahaja boleh memberikan susu kepada bayi dan tidak semestinya ibu sahaja
2) Frekuensi penyusuan kurang kerana penghadaman susu yang perlahan, bayi akan tidur lebih lama.
3) Ibu tidak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri kerana tidak perlu risau tentang penghasilan susu badan

Susu Ibu VS Susu Formula
Susu ibu atau susu formula. Mana satu pilihan anda?
Dalam surah Lukman ayat 14, Allah menjelaskan ;
“dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”  (31:14)
Juga dalam surah Al-Baqarah ayat 233 Allah menegaskan ;
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu” (2:233)
Islam menggalakkan supaya bayi yang baru lahir diberikan susu ibu sejak daripada hari pertama mereka dilahirkan…banyak kajian telah membuktikan susu ibu mempunyai kelebihan berbanding susu formula yang mudah kita dapati di pasaran kini namun apapun terserah lah kepada para ibu di luar sana untuk memilih samada memberikan susu ibu atau susu formula kepada bayi anda... tetapi pendapat peribadi saya seeloknya di susu kan anak itu dengan susu ibu sekurang kurangnya untuk 6 bulan pertamanya & diteruskan hingga ke 2 tahun.. bagaimana untuk survive sehingga 6 bulan anda boleh cuba SET PENYUSUAN 3 M SHAKLEE yang amat membantu saya sendiri dalam menyusu anak saya Ammar Firas.  

Anda mengalami masalah dalam penyusuan susu ibu??
Anak tak kenyang susu, anak tido tak lena, anak juga meragam sebab asyik lapar je... Susu anda cair? Production susu merudum... anda dalam kerisauan??? 
Jom baca testimoni SET 3M PENYUSUAN SHAKLEE
Gembiranya kan kalau anda dapat memberikan titisan berharga untuk anak anda...
My breastfeeding journey boleh baca kisahnya....
Pembelian dengan saya akan di sertakan jadual makan yang teratur untuk seharian anda selain tips tips penyusuan. Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan & info. 
Sumber  : http://www.bengkungmoden.com/ : http://www.ikim.gov.my/ : http://www.xpresi.org/

MAISARAH 
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, SERDANG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN




Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

No comments :

Post a Comment