Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Monday, September 30, 2013

RAWAT ASTHMA dengan OMEGA GUARD & NUTRIFERON SHAKLEE

Salam...

Esok saya perlu berkursus selama 2 hari di Shah Alam..maka tentu berhabuk blog selama dua hari..jadi petang ini nak berceloteh tentang ASTHMA pula ye...

Penyakit ashtma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana, ketika pesakit diserang ashtma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam peparu menjadi sempit.



Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam. ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kehilangan udara dan pesakit boleh pengsan.


Asthma di Kalangan Kanak-Kanak


Menurut kajian jumlah kanak-kanak yang mengidap asma semakin meningkat, dan selalunya akan sembuh apabila usia meningkat hingga 12-13 tahun.



Kira-kira 50%-60% akan sembuh apabila mencapai usia 20-25 tahun manakala 20% akan mendapat asthma berterusan.



Pencetus biasa serangan asthma antaranya termasuk:

  • alahan hidung seperti habuk, debunga, spora kulapuk, epitalial binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya

RAWAT GOUT dengan SET GOUT SHAKLEE

Salam Isnin semua...

Sedang lunch bersama ofismate terkeluar lah cerita tentang ayah ofismate yang mengidap GOUT...terfikir terus nak buat entry tentangnya...
Anda ataupun Ibubapa anda mengalami masalah GOUT? Jom kita lihat sebab sebab terjadinya gout yang kini banyak berlaku di usia muda. Pesakit yang menghidapi gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Ni la rupa GOUT ....



Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pinggang tidak berada ditahap kesihatan yang optimum. Ya, buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari :
  • Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan "drug"
  • Stress dan tekanan perasaan
  • Pengambilan protein yang berlebihan
  • Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan
Jom baca pengalaman seorang anak yang bagi mamanya try SET GOUT Shaklee untuk rawat gout...

Friday, September 27, 2013

TESTIMONI VIVIX UNTUK KENCING MANIS ~ LUKA PEMBEDAHAN DIABETES SEMBUH DALAM MASA 2 MINGGU..Wow cepatnya!!!

Assalamualaikum... 
Haa dah lama tak buat pasal testimoni kan? Hari ini nak kongsikan tentang TESTIMONI VIVIX...tonik hebat superb dari SHAKLEE ini...

Jom tengok dulu gambar ini....


TESTIMONI # 1 ~ LUKA PEMBEDAHAN DIABETES SEMBUH DALAM MASA 2 MINGGU

Apa yang berlaku pada dia?

Thursday, September 26, 2013

BONUS BERSAMA SHAKLEE SELAMA 3 BULAN PERTAMA INI ~ sebagai motivasi untuk diri sendiri...

Assalamualaikum semua...

Sunyi sepi je ye blog saya harini...Lately banyak urusan kerja sedikit sebab projek dah nak kick off so beban kerja pun bertambah la...

Entry ni saya buat bukan bertujuan untuk berbangga or menunjuk nunjuk tapi sebagai pembakar semangat anda yang kat luar sana...

Semalam bila dengar feedback feedback yang kurang membina ni buat hati rasa macam meronta ronta & bertambah tambah bersemangat lagi nak berjuang dengan SHAKLEE ni...

Saya bermula mengenali SHAKLEE pada Jan 2013...iaitu selepas saya habis cuti bersalin & masuk kerja balik...masa tu saya google tentang banyakkan susu ibu...jadi terjumpa la entry tentang shaklee...jadi melalui pembacaan saya terus ambil keputusan untuk membeli 2 produk iaitu ESP & ALFALFA melalui sepupu ofismate yang merupakan egen Shaklee di Melaka...beli pun dengan id sepupu ofismate & dapat harga ahli je...(seronok sangat sebab jauh murah dengan pasaran)...itu la titik mula berSHAKLEE....

Kemudian...saya telah makan setiap hari terasa KENAPA AKU TAK JADI AHLI JE?? then pada pertengahan JULAI 2013 saya jadi ahli SHAKLEE dan berada di bawah pimpinan KAK DALINA yang juga merupakan ofismate hubby saya...

From the day jadi ahli SHAKLEE...saya terus berniat untuk cuba bisnes SHAKLEE ini sebab saya dah rasa macam sangat bosan bekerja dengan orang..selain karenah jammed sana sini, rush kejar train everyday...keluar rumah kul 7 pagi balik rumah kul 7.30 malam...rasa macam aku kena lalui semua ini selamanya ke?? SABARKAH AKU & APA YANG AKU DAPAT?? Bila dah terlalu banyak persoalan saya pun bertekad untuk serius dalam SHAKLEE sebab memandangkan ia amat bermanfaat pada semua...

Wednesday, September 25, 2013

TESTIMONI VIVIX UNTUK STROKE / ANGIN AHMAR ~ Cegah Stroke @ Angin Ahmar Dengan OMEGA & VIVIX SHAKLEE

Assalamualaikum semua...

Pagi ini story tentang Angin Ahmar or Stroke before nak keluar ke Legend Hotel untuk attend lunch appreciation from company...

Jom baca...

Apa itu Angin Ahmar @ Stroke?



Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.

Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.

Hilang Parut Dengan Vitamin E SHAKLEE dan ESP SHAKLEE

Assalamualaikum semua...

Jom baca testi ini dulu ye....


Testimoni : Parut Jahitan akibat Kemalangan Semakin Hilang dengan Vitamin E Shaklee dan ESP Shaklee

Berikut adalah pengalaman yang dikongsi oleh salah seorang pengguna ESP Shaklee dan Vitamin E Shaklee.

Beliau telah terlibat dalam kemalangan dan menerima jahitan di bahagian kening. Untuk menghilangkan masalah parutnya, beliau mengambil ESP Shaklee  dan Vitamin E Shaklee semenjak Januari 2013 secara konsisten. Selain itu beliau turut menyapu Vitamin E Shaklee di bahagian jahitan tersebut. Alhamdulillah, parutnya semakin pudar dan semakin hilang.                                                             

Jom kita baca perkongsian beliau....

"Assalamualaikum...
Hye guyz just nak share testimoni diri sendiri 
Kesan jahitan after xcident makin samar2 dengan penggunaan ESP+ Vitamin E yang konsisten. Boleh jugak sapu Vita E tuh kat parut & jerawat kalau ada. So far sangat berpuas hati. Produk sapu2 parut yang lain mmg x jalan. Makin berjerawat kat area parut tuh lagi ada. So Shaklee jugak D BEST cos dia pelihara dari dalam and gantikan sel-sel yang dah rosak. Cuma kena bersabar, kesan kat setiap orang x semestinya sama. Start Consume Jan13 till Now. Harap2 lepas ni dah ilang terus parut tuh. Malu la kat muka. Ehe!" - Puan Bidadari Sue

Tuesday, September 24, 2013

Berat naik mendadak ketika mengandung? Jangan risau SET HAMIL SHAKLEE boleh bantu anda...

Salam...

Hari ini menjengah blog Kevin Zahri yang hensem gile tu...sesapa yang tak kenal tu boleh tanya Mr Google sekarang ye...

Then ada satu Question from seorang insan ini mengenai masalah berat naik mendadak ketika mengandung....saya pasti ramai antara anda yang menghadapi masalah ini kan??

Jom kita baca sini...


" [ Berat naik mendadak ketika mengandung walaupun kawal kalori? ] "

Ni Question nya:

" Hi Kevin, my weight before pregnant is 49kg. At some point within my pregnancy, berat I naik 4.8kg in 6 weeks, and ada 1 bulan tu sampai 3.1 kg sebulan. Now berat badan I dah 60kgs, pregnancy baru mencecah 6 bulan. 

Memang kena marah dengan nurse but then I macam confused sebab I only add another 300-500 calories from my DCR (from 1200 cal). Dah 2 kali I kena test for diabetes but then my glucose reading is only 3.8 setiap kali test. My friends pun kebanyakannya kata I tak nampak gemuk sangat tapi perut memang besar lah..

I have another 3 more months to go and if my weight continuously naik 3kg per month, apalah nak jadi.. Mesti mencecah 70kg nampaknya ni.. I will deliver my baby through c-section and it will become harder to me sebab nak start exercise after delivery mesti kena ambil masa sikit sebab kena baikkan luka dalaman I dulu.. 

Memang kena bukak balik ebook ‘ How to lose 5 kgs in 5 weeks’.. I’m now trying to reduce angka berat badan yang menaik setiap bulan tu. 

Untuk turunkan berat badan semasa pregnant macam impossible pula sebab baby is growing rapidly now.. What’s your view ya Kevin..

I will join your Jom Kurus Workshop in Johor Bahru this 20th January. Hope to see you there.."


Dengan bagusnya Kevin reply dengan :

" Hello,

Terima kasih for your question. Kawalan kalori semasa pregnant tu memang bagus dan langkah untuk menambah 300-500kcal sehari tu memang tepat kerana anda perlu bekalkan tenaga bonus kepada fetus anda.

Now, peningkatan berat badan bukan soal bayi dan lemak badan anda semata-mata. Banyak lagi perkara lain yang perlu diambil kira – terutamanya peningkatan air (water retention) semasa hamil, saiz fetus dan lain-lain.

Berikut adalah carta am untuk mengetahui dari dan ke mana perginya penambahan berat badan seorang wanita sepanjang hamil 9 bulan."


Penambahan Berat Badan semasa Hamil 9 bulan 



Komponen yang menyebabkan kenaikan berat badan semasa hamil ialah :






Tahukah anda...istilah makan untuk dua orang adalah tidak wujud semasa mengandung...sebab selalu tengok ibu mengandung ni kadang kadang ikutkan saja selera makan yang membuak buak tu tanpa fikir akan akibatnya bila selepas bersalin nanti...banyak yang kata ..."ala nanti pantang betul betul boleh la turun balik..." ni kata kata yang selalu di dengar...tapi tahukah anda sesuatu yang dah naik payah dah nak turun...betul tak??? Pernah tak anda dengar minyak yang naik RM 0.20 tu akan turun balik??? Tak pernah kan?? Jadi mengapa perlu biarkan berat anda tu naik sesuka hati je....

Tapi jangan risau..SHAKLEE boleh bantu anda untuk HAMIL dengan lebih sihat juga tidak membebankan badan anda dengan berat yang mendadak...HAMIL tapi still LANGSING....best kan?? Jom dapat SET HAMIL anda sekarang....Harga menarik sepanjang minggu ini...

PM saya @


MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN

Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

FEEDBACK dari KAWAN² tentang SHAKLEE...Terbaekk & Marvellous!!

Assalamualaikum semua...

Selamat pagi..harini dah 24 September..ini bermakna esok ramai yang dah dapat gaji...yahooooo!!! tapi kalau bagi insan insan yang berSHAKLEE ni...kami baru je bergaji tengah bulan ritu...tiba tiba esok nak dapat gaji lagi...memang MARVELLOUS la uolsssss....

Mukadimmah pagi ala² gedix plus nak promote suh join SHAKLEE juga sebenarnya...berminat ke??

Back to main objektif...sebenarnya nak cerita tentang KESERONOKAN, KEGEMBIRAAN, KEBAIKAN JUGA KEPOWERAN SHAKLEE bila insan insan ni makan shaklee dan seterusnya berminat untuk join shaklee & juga berBISNES shaklee...senang cerita macam saya la start dengan makan sendiri kemudian join & bisness...semua sebab ape?? takkan suka² je nak join kalau produk tu tak bagus kan?? tentulah sebab bagus & terbaik barula berani nak jadi ahli & promote...

Sharing sini beberapa KEGEMBIRAAN kawan - kawan terdekat tentang SHAKLEE....


Puan Nisa ni makan ALFALFA | OMEGA GUARD | B COMPLEX sebagai supplemen harian beliau...
"katanya ALFALFA tu memang elok so harus di war war kan...# dari pandangan en suami"




Pn Anis ni makan SET HAMIL + SET BERPANTANG SHAKLEE...Makan shaklee masa preggy anak no 2...tak ada mabuk time pregnant, bersalin pun mudah nak push, lepas bersalin nampak sihat & berseri, masa pantang luka cepat sembuh juga cergas BONUS...SUSU BADAN JUGA BANYAK & anak puas menyusu...

dan sekarang Pn Anis juga telah menjadi ahli SHAKLEE...


Mereka yang di atas ini adalah rakan rakan dekat saya...walaupun bukan membeli dengan saya tapi bila baca feedback mereka tentang SHAKLEE membuat saya rasa seronok kerana semakin hari semakin ramai yang dah merasai keSERONOKan  berSHAKLEE....

Jika anda masih belum menjumpai supplemen terbaik untuk diri & seisi keluarga anda...anda tidak perlu berfikir panjang...SHAKLEE la jawapannya...saya bukan promote kosong ye..tapi promote dengan bukti...

Berminat untuk mencuba atau terdapat sebarang pertanyaan bolehla PM saya @


MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN




Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

Monday, September 23, 2013

TESTIMONI CINCH SHAKE LOSS SHAKLEE UNTUK KURUS...Ada flavor chocolate, latte & vanilla...sedap sangat!!

Salam petang semua...


Belum balik rumah ni...update satu entry lagi...:)

Tentang CINCH SHAKE...sekarang tengah sibuk nak promote Cinch pulak...jom baca sini...



Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Kenapa Cinch Shake best?? 

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO


TESTIMONI #1 ~ KURANG 20 inci & 6 KG.....





                                             TESTIMONI #2 ~ KURANG 13.5 inci & 5 KG.....




Berminat?? PM saya @


MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN




Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

40 Minggu yang Penuh Keajaiban plus Pregnant dengan SET HAMIL SHAKLEE pasti BEST!!!

Assalamualaikum semua...

Nak cerita tentang 40 Minggu yang penuh keajaiban...teringat mengandungkan Firas...macam ni la dia membesar dalam rahim...Semoga jadi anak yang SOLEH ye sayang...





Minggu 1

Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.


Anda

Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.


Minggu 2

Bayi
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.


Anda

Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

Minggu 3

Bayi

Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.


Anda

Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.


Minggu 4

Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)


Anda

Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan


Minggu 5

Bayi
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.


Anda

Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.


Minggu 6

Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.


Anda

Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.


Minggu 7

Bayi
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.


Anda

Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.


Minggu 8

Bayi
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.


Anda

Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.


Minggu 9

Bayi
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.


Anda

Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.


Minggu 10

Bayi
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.


Anda

Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.


Minggu 11

Bayi
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.


Anda

Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.


Minggu 12

Bayi
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.


Anda

Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.


Minggu 13

Bayi
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.


Anda

Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.


Minggu 14

Bayi
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.


Anda

Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.


Minggu 15

Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.


Anda

Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.


Minggu 16

Bayi
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.


Anda

Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.


Minggu 17

Bayi
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.


Anda

Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.


Minggu 18

Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.


Anda

Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.


Minggu 19

Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.


Anda

Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.


Minggu 20

Bayi
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.


Anda

Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.


Minggu 21

Bayi
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.


Anda

Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.


Minggu 22

Bayi
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.


Anda

Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.


Minggu 23

Bayi
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.


Anda

Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.


Minggu 24

Bayi
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.


Anda

Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.


Minggu 25

Bayi
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.


Anda

Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.


Minggu 26

Bayi
Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.


Anda

Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.


Minggu 27

Bayi
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa


Anda

Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.


Minggu 28

Bayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.

Anda
Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.


Minggu 29

Bayi
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.


Anda

Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.


Minggu 30

Bayi
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.


Anda

Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.


Minggu 31

Bayi
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.


Anda

Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.


Minggu 32

Bayi
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.


Anda

Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.


Minggu 33

Bayi
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.


Anda

Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.


Minggu 34

Bayi
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.


Anda

Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.


Minggu 35

Bayi
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.


Anda

Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.


Minggu 36

Bayi
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.


Anda

Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.


Minggu 37

Bayi
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.


Anda

Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.


Minggu 38

Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.


Anda

Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.


Minggu 39

Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.


Anda

Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.


Minggu 40

Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.


Anda

Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.


Untuk anda yang mahu menjalani KEHAMILAN dengan lancar bolehlah cuba:



Bagi yang tengah menghitung hari untuk melahirkan...boleh la cuba:

        >>> SET BERPANTANG SHAKLEE  dan baca 


Sesungguhnya menggunakan produk SHAKLEE amat best & telah terbukti dengan testimoni - testimoni di atas...jika masih ragu ragu ataupun mempunyai sebarang pertanyaan..boleh la   PM saya untuk further explaination....

THANKS...

<SHARING IS CARING>

PM saya @


MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN




Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda