Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Monday, June 9, 2014

Shaklee sasar jualan berganda menjelang 2015 ucapan Presiden Shaklee Malaysia pada National Conference 2013/2014

Shaklee sasar jualan berganda

 VICTOR Lim (sembilan dari kanan) dan Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson bersama sebahagian daripada penerima anugerah semasa Persidangan Kebangsaan Tahunan Shaklee di Pusat Konvensyen Sunway, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Jun - Pengeluar produk kesihatan, Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee) optimis untuk menambah bilangan pengedar bagi meningkatkan keuntungan jualan sebanyak dua kali ganda menjelang 2015.

Presiden Shaklee Malaysia, Victor Lim berkata, pihaknya positif dengan perkembangan syarikat jualan langsung itu yang sudah bertapak di negara ini dalam tempoh lebih sedekad.
"Pada tahun lepas, kami mencatatkan pertumbuhan jualan seba nyak 1,000 peratus sejak 2008 dan untuk tahun 2015, kami menjangkakan peningkatan dua kali ganda mengatasi tahun lalu.

"Hal ini berikutan ramai yang menjadikan perniagaan jualan langsung sebagai sumber pendapatan sampingan kerana efisien dari segi kos, fleksibel dan tidak melibatkan risiko serta memerlukan modal yang minimum," katanya.

Sunday, June 8, 2014

PROMO BUY 6 FREE 1 VITA E COMPLEX SHAKLEE JUNE 2014 for Heart, Brain, Colon, Prostate & Immune Health

Salam semua.. lambat war war kan bulan ni tentang PROMO BULAN JUNE 2014... Nak bagitahu bulan ni PROMO BUY 6 FREE 1 VITA E COMPLEX SHAKLEE!!! yeay!!

Semua orang yang nak cantik tak kira laki ke perempuan wajib cuba tau. Eh untuk cantik je ke? cuba baca poster ni " FOR HEART, BRAIN, COLON, PROSTATE & IMMUNE HEALTH "... banyakkan?? bukan limites untuk satu2 problem je..




Apa istimewanya VITA E COMPLEX ni??

Jom baca sini..

Vitamin-E adalah sejenis antioksidan kuat yang bisa larut dalam lemak di mana ia mendukung kesehatan jantung, otak dan prostat, serta meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan Keimunan.

Berdasarkan penemuan salah satu studi yang dilakukan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 menemukan bahwa manfaat vitamin E yang dikonsumsi dalam jangka panjang sangat membantu dalam mengurangi resiko kanser prostat di kalangan pengisap rokok. Sementara itu hasil studi lainnya juga menunjukkan bahwa vitamin ini dapat memperlambat perkembangan penyakit Alzheimer. Vitamin E telah terbukti memiliki efek pencegahan pada sekitar 80 jenis penyakit.

Thursday, June 5, 2014

Nak Buang Angin Dalam Badan? Cara Mudah Dengan Pengambilan Peppermint-Ginger Plus

Nak Buang Angin Dalam Badan? Cara Mudah Dengan Pengambilan Peppermint-Ginger Plus



Ramai yang menghadapi masalah angin dalam badan ni, dan macam-macam kesan yang dihadapi masing-masing. Ada yang jadi sakit-sakit badan, ada yang kembung dan senak perut, ada jugak yang jadi sakit kepala. Padahal puncanya adalah angin. 


Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

SIAPA BOLEH MENGAMBIL ALFALFA?


SIAPA BOLEH MENGAMBIL ALFALFA?




Nama alfalfa bukanlah nama yang biasa kita dengar sehari-hari, kecuali anda seorang pengamal suplemen dan sukakan herba. Ya, saya sendiri pun awal-awal dulu hairan dengar nama alfalfa ni, tak famous macam kunyit, halia, bawang putih, atau pun habbatussawda'. Sejak Shaklee menjadi fenomena di seluruh Malaysia, alfalfa semakin dikenali lebih-lebih lagi di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Alfalfa terkenal sebagai milkbooster (penggalak susu) yang hebat!


Tapi...nanti dulu...anda yang tidak menyusukan anak juga sebenarnya boleh mengambil alfalfa. Alfalfa bukanlah khusus untuk ibu menyusu sahaja tetapi sebenarnya ia bagus untuk semua (kecuali pesakit auto-immune dan ibu mengandung). Alfalfa (Medicago Sativa) ditanam secara organik di California, bebas pestisid, herbasid dan menggunakan baja kompos bebas bahan kimia. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh menelusur sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrien. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil, protein, asid amino, serat, zat galian, vitamin dan enzim serta fitokimia. 

Wednesday, May 28, 2014

Agen Shaklee Berdekatan anda.. Check it out! Sedang mencari agen baru di Selatan (Melaka, Negeri Sembilan, Johor), Pantai Timur (Terengganu, Kuantan) , Utara (Kedah, Perlis, Penang)

Jom check sini AGEN SHAKLEE yang berdekatan anda...HAPPY SHOPPING!!
SHAKLEE INDEPENDENCE DISTRIBUTOR (SID) :


KL/SELANGOR

1) MAISARAH AZEMI  | HP NO 012 593 1141 
  • CHERAS ~ BANDAR MAHKOTA CHERAS, BANDAR TUN HUSSEIN ONN (BTHO), ALAM DAMAI, BANDAR TASIK SELATAN, BATU 9 & 11 CHERAS
  • BALAKONG ~ AEON CHERAS SELATAN
  • SERDANG 
  • KAJANG & BANGI
  • KUALA LUMPUR ~ MASJID JAMEK, KLCC, AMPANG PARK, KL SENTRAL


2) NURA LIYANA | HP NO 011 3174 6901 / 013 975 2834

    
    Blog : YayaSupermom
  • SETAPAK ~ WANGSA MAJU, SRI RAMPAI, TAMAN MELATI, UKAY PERDANA
  • GOMBAK 
  • AMPANG
  • SEKITAR KUALA LUMPUR

Monday, May 26, 2014

Ikhtiar Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Dah give up cuba macam macam produk & jumpa doktor tapi masih belum berpeluang untuk hamil. Ada yang sudah masuk ke 3, 5 juga 10 tahun perkahwinan tapi masih belum beroleh zuriat. 


Apa kata jom cuba SET KESUBURAN SHAKLEE ni yang terdiri daripada :

VITAMIN ASAS

(1) ESP (Protein) -
Protein ialah makan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, pelekatan telur dan lain lain.

(2) Vitalea (Multivitamin) -
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan.

(3) Vitamin C -
Bantu proses sintesis hormo hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

(4) B-Complex -
Memberi tenaga, perasaan tenang & no stress.
*ESP , Vitalea, B Complex & Vita C adalah vitamin asas dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

National Conference Shaklee 2013/2014 lagi 2 minggu je... Alhamdulillah dapat 1 Award & Invitation Glitter Nite Gala Dinner...

 Salam semua...

Pagi ni nak buat entry special tentang National Conference Shaklee 2013 / 2014 yang akan diadakan pada 7-8 June 2014 ni. Venue nya di SUNWAY PYRAMID CONVENTION CENTRE. Saya & suami dapat invitation untuk ke event ini dan saya dapat 1 award pada event ini. Alhamdulillah dapat 1 Award (Business Growth New Rank Achievement) & Invitation to Glitter Nite Gala Dinner dalam tak sampai setahun berShaklee. Memang ada yang lebih cemerlang dengan dapat award berderet deret tapi saya sedang menuju ke arah itu. In shaa Allah semoga dipermudahkan Allah jalannya.

Thursday, May 22, 2014

Dengan MEAL SHAKE & PERFORMANCE DRINK ~ Insyallah Bantu Puasa Anak-anak Jadi Lebih Mudah

Salam semua... tik tok tik tok Ramadhan dah nak dekat dah.

Ramadhan adalah bulan yang paling dinantikan. Sudahkah anda melatih anak-anak anda untuk ikut berpuasa tahun ini?
Puasa memang datangnya setahun sekali. Namun, dalam membiasakannya pada anak-anak akan jauh lebih berat daripada kita  membiasakan anak untuk solat. Lebih mudah lagi jika anak anda adalah jenis anak yang susah makan. Tapi, bagaimana dengan anak yang hobinya makan?

Monday, May 19, 2014

Anak Dah Suka Makan Nasi, Berat Badan Juga Makin Bertambah, Dulu Alergik Telur Kini Tidak Lagi

Si manja sering enggan makan semasa waktu makan, tetapi merungut lapar setengah jam selepas itu. Anak kecil mempunyai perut yang kecil dan tidak munasabah untuk memaksa mereka mengikuti corak pemakanan orang dewasa.Hidangkan jumlah kecil sewaktu makan dan sediakan snek berkhasiat: susu dan biskut kosong, jus dan separuh pisang.

Jangan risau jika anak anda kurang selera melainkan jika berat badan dan ketinggiannya tidak bersesuaian dengan usianya. Ada kemungkinan dia seorang yang lambat membesar. 




Tuesday, May 13, 2014

Nak Hilangkan Parut "Chicken Pox" Pada Si Anak, Petua Moden Dan Tradisional

Ibu yang bijak adalah ibu yang sentiasa berpengetahuan luas dalam menangani masalah berkaitan bayi. Apabila ada anak-anak yang terkena demam pasti ibubapa jadi rungsing dan tak senang duduk. Tambahan pulak kalau baby baru je umur beberapa bulan. Bukan senang nak handle bayi yang demam kan. Lagi mencabar bila terkena demam campak ni. Bayi apalah yang dia tahu, bercakap belum tahu, menangis je la kan. Walau hanya selsema, itu pun dah cukup merungsingkan kita. Bila demam reda, masalah lain pula timbul. Parut chicken pox pula. Kulit bayi sangat fragile, kalau kita tak hilangkan parut tu, ia akan tinggal kesan pada kulit hingga dewasa. Tak cantik la kan.

Jika ada ibubapa yang menghadapi masalah ini, bolehlah mencuba Suplemen Shaklee sesuai buat anak-anak. Ini cara moden ye ibu-ibu.

Gabungan MEAL SHAKE + Omega+ Herbal Blend.
Alhamdulillah, testimoni Adik Iman lengkap menceritakan kepentingan suplemen ni pada masalah Adik Iman.
Parut chicken pox nya makin pudar dan hilang dengan sapuan Krim Herbal Blend.
Kuat imuniti tubuhnya, jarang demam dengan pengambilan Omega Guard+ Meal Shake.                

Monday, May 12, 2014

[ TESTIMONI MEALSHAKE ] Anak saya tak suka makan dan berat badan hanya 7 kg apa saya nak buat??

Masalah saya anak saya tak suka makan. Dah macam macam cara saya buat, tapi dia tetap tak suka makan. Sekarang dia dah berumur 1 tahun 2 bulan tapi berat badan dia hanya 7 kg. Setiap kali keluar berjalan jalan pasti ada yang bertanya " anak berapa bulan?" . Sedangkan anak saya dah setahun lebih tapi anak saya aktif dan selalu berpeluh cuma dia tak suka makan dan terlalu kecil.  >>> Anonymous

Inilah rintihan si ibu yang telah dilayangkan emailnya kepada saya. Saya memahami kerana saya juga mempunyai situasi yang serupa dengan Puan ni. Anak saya Ammar Firas baru saya bawak pergi 1 tahun 6 bulan imunisasi kena cucuk 3 serangkai & seperti biasa timbang berat & tingginya. 


Berat nya pada 1 tahun 6 bulan (18 bulan ) >>> 9 kg , tinggi 76 cm

Berat nya pada 1 tahun ( 12 bulan ) >>> 7.5 kg, tinggi 72 cm

Ammar Firas lahir seberat 3 kg

[ TESTIMONI ] HFMD anak Puan Norliza Cepat Pulih dengan MEALSHAKE & ESP

Dalam bulan lepas anak ofismate kena jangkitan HFMD yang berjangkiti di nurseri anaknya. Kesian anaknya baru umur 9 bulan je. Jom baca sejenak apa itu HFMD. Ramai rasanya yang belum tahu apa itu HFMD. 

Jika anak anda di hantar ke nurseri lagi tinggi kebarangkalian anak nak kena HFMD. Risiko amat tinggi. Mari berkenalan dulu dengan sakit HFMD.

Apa itu  Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ?

HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat di seluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjang tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Namun kedangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian.


Friday, May 9, 2014

[ TESTIMONI MEALSHAKE ] Anakku Izzah dah tak demam berpanjangan lagi. Aku tak perlu ambil emergency leave 3-4 hari lagi!

Anak demam setiap minggu.. Runsing teramat.. Asyik nak ambil Emergency Leave bos pun dah mula berbunyi. Pasti ibu bapa banyak faces this kind of problem kan?? Haru biru lagi kalau anak demam tak kebah kebah dan kena warded lagi la pening... Jadi better do some precaution & prevention before its happens kan??


Iklan Mealshake selalu bunyi gini..

Anak anda demam? anak anda takde selera makan? Cubalah Mealshake dari Shaklee. No other explanation kan?

Thursday, May 8, 2014

ECZEMA Anakku berkurang dan nampak kesan penyembuhannya dalam masa 5 HARI setelah guna Mealshake, Omega & Herbal Blend Shaklee

APA ITU ECZEMA??


Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."

"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa ada berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.


Tuesday, May 6, 2014

Sembelit pula selepas bersalin! Aduh sakitnya.. anak kedua dah tak sembelit lagi setelah ambil Ostematrix & Set Bersalin Shaklee

Salam semua.. salam sihat ye.. semoga ceria hendaknya


Semoga anda sihat dan cergas. Kali ini saya ingin berkongsi tentang masalah sembelit di kalangan wanita yang baru melahirkan anak. Alhamdulillah customer - customer saya yang mengambil OSTEMATRIX semasa berpantang tidak mengalami masalah sembelit pun. Saya tak boleh bayangkan betapa susahnya nak membuang air besar sewaktu dalam pantang (waktu itu saya belum kenal Shaklee lagi) seksa teramat. Walhal saya seorang yang mudah membuang air besar tetapi kerana dalam pantang kita tidak boleh bertinggung maka proses yang normal tu jadi sedikit terganggu. Azab sangat rasanya ye.

Ada customer saya yang telah mencuba SET BERPANTANG SHAKLEE tidak mengalami masalah sembelit langsung semasa dalam tempoh berpantang anak kedua. Sungguh berbeza dengan pengalaman anak sulungnya. 


Monday, May 5, 2014

Murah tapi Berkesan ! Rahsia Kurus Pn Jasmila dengan ESP, Herblax dan Lecithin

Salam semua..

Nak kongsikan KISAH KURUS Pn Jasmila setelah consisten 4 bulan makan ESP , Herblax & Lecithin.

15 TIPS ATASI MASALAH ANAK KURANG SELERA MAKAN ramai ibubapa dah berpuas hati dengan MEALSHAKE SHAKLEE anak makan bertambah tambah

Salam sihat dan selamat petang semua..

Hari ni nak share tips untuk atasi masalah anak yang sukar makan.. Harap bermanfaat untuk semua.
  • Jangan paksa anak makan. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mugkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
  • Offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
  • Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.

Menambah selera makan anak dengan MEALSHAKE Shaklee Kini hati ibu tak runsing lagi !!!

Meal Shakes boleh membantu!!!


Salam ceria semua..Harap-harap uols sihat, ceria, vouge dan popular. Ameen.... Adakah uols popular? Populariti uols pasti tidak akan dapat menandingi populariti Meal Shakes! Gempak tak! Siapa Meal Shakes tu? Wanita cantik mana? Cantikkah?


Jangan buat tak tahu Meal Shakes ni adalah suplement tambahan paling popular di kalangan ibu yang rungsing anak kurang selera makan. Sebab apa Meal Shakes famous beb? Nak tahu? Sebab Meal Shakes lah yang berjaya mengembalikan kecerian si ibu yang telah hilang. Sedih hati seorang ibu apabila anak dikasihi menolak untuk makan walaupun ibunya telah menyediakan makanan favourite si anak. Beban nak fikir apa lagi patut dibuat bila anak susah nak makan, perkembangan anak slow ataupun berat badan tak naik-naik.



Saturday, May 3, 2014

SEMBELIT anakku berumur 5 tahun dah hilang dulu asyik nangis sekarang lawas sejak ambil MEALSHAKE SHAKLEE

Salam semua.. anak anak anda apa khabar? Sihat tak mereka hari ni??

Ada tak kat sini anaknya selalu sangat kena sembelit?

Meneran sambil keluar air mata. Kesian anak bila sembelit. Macam-macam petua anak sembelit dah dicuba. Tapi hampa. Anak masih tetap sembelit. Sukar nak buang air besar. Sedikit sebanyak menggangu emosi anak. Yelah, tengah di syok-syok makan, atau bermain. Tetiba terhenti, terus buat muka meneran. Paling sayu siap menangis.

Ibu ayah, jalan ambil jalan mudah. Gunakan 'pelincir' khas yang dimasukkan ke dalam lubang dubur anak. Kesan jangka panjang adalah tidak baik. Sebaiknya kita guna yang semulajadi. Sirap pelembut najis juga elakkan selagi boleh menggunakan bahan semulajadi. Firas Alhamdulillah jarang kena sembelit.. najisnya mudah je nak keluar. Apa yang saya amalkan?? Baca sampai habis nanti pasti anda tahu apa jawapannya.

Sunday, April 27, 2014

Kencing Manis semasa Hamil jangan pandang ringan boleh datang mudarat pada ibu dan anak

Apakah Diabetes Melitus?

Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawal atur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Kekurangan insulin dan/atau rintangan insulin (insulin resistance) menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan?
Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Wednesday, April 23, 2014

5 Tips Menyusukan Anak Semasa Hamil siapa kata tak boleh cuma perlu pastikan nutrisi anda cukup

Tips Menyusukan Anak Semasa Hamil

1. Ketahui Fakta
Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.


Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.
Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.

Tuesday, April 22, 2014

Kaedah Penyusuan SUSU IBU sebagai Perancang Kehamilan

Menjarakkan Kehamilan sememangnya perlu untuk pasangan yang berkahwin kerana dalam Islam sendiri menyarankan anak disusukan selama 2 tahun umurnya.

Isu tentang itu sudah selalu duperkatakan di kaca tv tetapi ingin saya coretkan tentangnya untun pengetahuan kita bersama. Ia juga berdasarkan pengalaman saya sendiri juga pengalaman ibu saya sendiri.

Seperti semua sedia maklum, kaedah merancang terdapat pelbagai cara juga pilihan. Terpulang kepada setiap individu untuk menggunakan kaedah yang mana, yang penting ianya selamat, mudah dan dijamin peratusan kejayaannya. Ingat lagi masa Firas check up 2 bulan misi klinik kesihatan tanya saya dah pilih dan suami tentang perancang keluarga ke?? Aku serius blur.. tapi aku jawab sambil blur & tersenyum nanti saya discuss.. sampai ke leni aku tak ambil pun apa2 perancang keluarga. Tak berani la.. entah la natural sudah!

Untuk pengetahuan anda di bawah ni antara kaedah perancang dengan Hormon sediaada ialah:

Friday, April 18, 2014

Tips Mengurangkan Sakit Bengkak Susu Selepas Bersalin

Salam sihat ceria semua...
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya mengalami bengkak susu sewaktu lepas  bersalin setahun setengah yang lepas.
Beberapa hari selepas bersalin, saya mengalami bengkak susu sehingga demam dan badan menggigil menahan sakit. Bagi yang pernah mengalaminya pasti tahu bagaimana rasanya. Memang sakit sekali sampai demam-demam. Pendek kata, kalau diberi 4 helai selimut pun tak cukup untuk menahan badan yang menggigil kesejukan. Itulah bahana bengkak susu. Sakit teramat tak tahu nak describe.


IBU MENYUSU PERLU GIZI SEIMBANG UNTUK KEBAIKAN IBU DAN ANAK

Salam Jumaat semua..

Bercerita ibu menyusu pula pagi ni... Info ni memang sangat berguna untuk ibu ibu yang beranak sulung yang serba serbi kekurangan ilmu dalam dunia penyususan susu ibu ni.

Gizi seimbang bagi ibu menyusu sangat penting. Gizi pada ibu yang sedang menyusu sangat rapat kaitannya dengan produksi air susu, yang sangat diperlukan untuk perkembangan bayi. Bila pemberian susu ibu sempurna, maka berat badan bayi akan meningkat, tekstur kulit baik, pembinaan otot juga memuaskan. Ibu menyusu tidaklah terlalu ketat dalam mengatur nutrisinya, yang terpenting adalah makanan yang menjamin pembentukan air susu yang berkualiti dalam jumlah yang cukup untuk memenuhi keperluan bayinya.


Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Gizi Ibu Menyusu
Faktor yang mempengaruhi gizi ibu menyusu adalah:
  1. Pengaruh makanan erat kaitannya dengan volume susu ibu yang dihasilkan per hari.
  2. Protein, dengan adanya variasi individu maka dianjurkan penambahan 15-20 gram protein sehari bagi ibu menyusu.
  3. Suplement, jika makan sehari seimbang, suplementasi tidak diperlukan kecuali jika kekurangan satu atau lebih zat gizi. Pengambilan vitamin untuk melengkapkan nutrisi yang seimbang. Disarankan ambil SET 3M SHAKLEE untuk melengkapkan nutrisi ibu & anak.
  4. Aktiviti.

Thursday, April 17, 2014

Susu Ibu: Bagaimana susu ibu dihasilkan ??

Salam semua...

Bercerita tentang susu ibu tapi pernah tak terfikir macamana susu ibu itu dihasilkan... Jom baca sini info tentangnya ye...

Bagaimanakah payudara saya berubah semasa hamil?

Sebaik sahaja anda hamil, payudara anda mula bersiap-sedia untuk menyusukan bayi. Salah satu tanda bahawa anda sedang hamil ialah payudara menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan anda.


Anda juga mungkin mendapati bahawa areola, iaitu bahagian kulit di sekitar puting anda, menjadi lebih gelap dan bintik-bintik kecil mula keluar. Perubahan warna areola ini sebenarnya ialah kaedah semula jadi untuk memberi panduan visual kepada bayi anda ke mana harus dituju apabila hendak menyusu.

Bintik-bintik kecil di sekitar areola pula menghasilkan bahan berminyak yang membersih, melicin dan melindungi puting anda daripada jangkitan semasa penyusuan badan.

Menjelang kelahiran bayi, tisu-tisu kelenjar dalam payudara anda akan membesar dua kali ganda. Apabila susu mula keluar selepas bayi dilahirkan, anda akan rasa payudara menjadi lebih berat dan penuh. Setiap satunya mungkin bertambah berat sebanyak 700 gram!


Wednesday, April 16, 2014

TIADA SUSU, SUSU TIDAK KELUAR ATAU SUSU SEDIKIT MASALAH IBU MENYUSU tanganinya dengan SET 3M SHAKLEE

Salam semua...
“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”. Ini antara ru­ngutan yang biasa dide­ngar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak.
Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi ter­utama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangi­san bayi yang disangka tidak cukup susu. 
Ada pula menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu. Persoalannya, adakah benar susu tidak keluar, susu sedikit atau teknik digunakan tidak betul sehingga menyebabkan proses menyusukan anak menjadi sukar?


“Melalui pemerhatian, ternyata ibu mengandung yang pernah melihat atau mendengar cerita kejayaan penyusuan susu ibu wanita lain akan lebih tertarik dan bersikap positif untuk menyusukan bayi berbanding ibu yang tidak pernah langsung mendengar me­ngenainya. Ini secara tidak langsung memberi semangat untuk meneruskan penyusuan walaupun berhadapan cabaran atau masalah."

Ibu yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan boleh terus menyusukan bayi dalam kadar yang paling segera iaitu sebaik saja dilahirkan. Peranan pihak hospital dalam menggalakkan penyusuan susu ibu seawal mungkin sangat penting. 

SUSU IBU vs SUSU FORMULA : Kebaikan dan Keburukannya

Salam semua...

Anda mahu memilih untuk beri anak anda susu ibu atau susu formula? Mungkin ibu-ibu diluar sana  tertanya-tanya kebaikan susu ibu kepada bayi anda, terutamanya pada mereka yang baru bergelar ibu tapi mungkin ramai juga diantara kita yang telah mengetahui kelebihan susu ibu. Tak kurang juga ibu yang awal awal lagi sudah mahu memberikan anak dengan susu formula kerana di sogokkan dengan cerita yang tak sahih tentang susu ibu dan menyusu badan.

Banyak kajian yang dilakukan seantero dunia telah membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula lain. Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak- anak. Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi kerana ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah. Hari- hari pertama selepas kelahiran, ibu- ibu digalakkan menyusui bayi untuk membekalkan antibodi yang cukup. Walaupun terdapat perkembangan teknologi makanan moden yang cuba merumus susu formula agar menyamai susu ibu, namun khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Itulah hebatnya kurniaan Allah.

Sunday, April 13, 2014

5 CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN (EBM) supaya muat peti sejuk serta PENGENDALIANNYA

Salam semua... salam ceria & sihat selalu ye..

Bersiaran di Alor Setar hari ni... pagi yang aman & mendamaikan..:)
Today nak story tentang hal penyusuan susu ibu... sebab ramai fb friend yang baru deliver baby.. bestnya dapat baby baru..:)

Ramai kawan-kawan saya yang bertanya tentang isu ini especially yang baru menjadi ibu dan bersemangat untuk membuat stok ebm buat anak-anak tersayang.



Thursday, April 10, 2014

BADAN SEGAR BUGAR WALAUPUN BERSALIN CZER (CAESARIAN) gara gara Shaklee

Salam semua.. semoga sihat sihat hendaknya... In shaa Allah...

Ibu yang sedang sarat mengandung & menanti hari nak bersalin mesti perasaannya berdebar - debar kan?? 
Teringat masa nak bersalin Ammar Firas si jantung hati saya tu setahun lima bulan yang lepas memang tak tahu nak describe perasaan campur baur dalam hati ni... Masa tu fikir hanya nak lahirkan baby dengan selamat tanpa ada komplikasi.. berjalan lancar segalanya... Alhamdulillah semua berjalan lancar maka Ammar Firas dilahirkan secara normal pada 7 November 2013. 

Ketika melalui sangat genting untuk melahirkan ni kerana komplikasi tertentu seperti anak yang kedudukan songsang, jalan untuk nak deliver baby secara normal tak bukak2, ibu sudah tak berdaya lagi ataupun berkemungkinan jika lambat baby keluar akan lemas jadi prosedure Caesarian akan dilakukan oleh doktor.

Tentunya semua pun tahu selagi boleh kita sebagai wanita mahu lahirkan baby secara normal kerana dari segi penjagaan bersalin secara normal ini adalah lebih mudah banding dengan Czer. 

Jom kita baca pengalaman Pn Weeda ni yang bersalin secara Czer

Wednesday, April 9, 2014

Apa Beza ESP Shaklee dan Cinch Shaklee?

Salam semua.. 

Beberapa hari tak update blog dah.. ada habuk sikit sikit.. kasi tiup dulu.. hehe..

Sementara idea banyak.. cepat cepat taip... 

CINCH SHAKE LOSS vs ESP ??? 

Antara Cinch dan ESP..mana yang bagus?
Soalan cepumas yang saya sering dapat daripada customer yang dlm program capai berat badan idaman.
Cinch dan ESP..kedua duanya adalah PROTEIN..Dan..sifat semulajadi protein ni dalah mengenyangkan. Sebab itulah dalam mana mana program diet..amat dititikberatkan pengambilan protein.
Jika anda mencari sesuatu untuk dijadikan sebagai meal replacement..pilihlah CINCH.

Apa Beza ESP dan Cinch?

Saturday, April 5, 2014

PENYAKIT TALASEMIA TIDAK BOLEH AMBIL VITALEA & ALFALFA SHAKLEE

Salam semua...

Malam semalam dapat pertanyaan dari seorang customer tentang TALASEMIA. Beliau bertanya tentang Supplemen / Vitamin apa yang sesuai untuk masalah ini. Masalah beliau ialah ketika mengandung Hemoglobin (Hb) nya sentiasa rendah. Walaupun makan supplemen / vitamin berasaskan iron (zat besi) masih tiada peningkatan dan doktor mengesahkan beliau mempunyai masalah Talasemia.

Friday, April 4, 2014

Ostematrix Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Salam semua...

Bulan ni bulan menjaga tulang temulang... jadi nak bercerita lagi tentang Ostematrix Shaklee... Kali ni tentang Osteoporosis pula ye...



Bahaya Kurang Kalsium pada Ibu Hamil dan Menyusu... Awas..

Salam jumaat penuh barakah...

Saya memang tunggu sangat hari jumaat sebab tak sabar nak cuti 2 hari & melayan telatah anak & jalan2 dengan keluarga. 

Sempena bulan OSTEMATRIX PROMO BULAN APRIL ni.. terpanggil nak buat entry tentang perihal kalsium ni... Apa kaitan antara KALSIUM & IBU HAMIL?? Kenapa doktor suruh minum susu sepanjang hamil?? saja2 suka ke doktor tu nak suruh minum... saya tahu tak semua orang boleh menerima susu... mak saya juga termasuk golongan yang tak suka & tak boleh nak telan susu... baru masuk dalam mulut sikit dah nak muntah... parah.. parah...tapi sekarang ni banyak option lagi bukan nak tunggu minum susu baru dapat sumber kalsium...

Jom baca kaitan KALSIUM & IBU HAMIL...