Salam Jumaat semua...
Best betul la hari ni..pagi pagi lagi bos amik sebotol Vitalea...customer confirm order worth dekat RM360...ada pulak yang bertanya nak suh COD ke Bandar Tun Razak..nak macam macam vitamin pulak tu...Ya Allah syukur sangat atas rezekiMU...
Ok tu mukadimmah je..Meh la baca sini tentang IKAN BAIK UNTUK JANTUNG...Penulisan oleh Dr Norman Mohd Norawi yang merupakan Pengamal Perubatan Am Pengkhususan Anti Penuaan & Perubatan Regeneratif di petik dari mymetro...
*****************************************
IKAN baik untuk JANTUNG...KAYA OMEGA 3...
" Di antara punca kenapa amat susah menurunkan paras kolesterol adalah kesilapan dalam pemilihan makanan seperti makan makanan tinggi karbohidrat, gula berlebihan, lemak tepu, makanan tinggi dengan ‘asid lemak trans’ dan makanan proses selain kurang aktiviti fizikal.
Hakikatnya jika makan punca kolesterol tinggi, maka cara terbaik untuk mengawal paras kolesterol ialah dengan makan makanan yang boleh menurunkan paras kolesterol. Terdapat banyak kajian sains dilaporkan dalam jurnal perubatan yang membuktikan pemakanan ikan boleh membantu menurunkan paras kolesterol darah.