Salam sihat semua. Sihat tak hari ni? ceria tak? Ibu ibu yang sedang hamil ada morning sickness tak? Harap semuanya ok ok je ye.
Mual dan muntah di pagi hari pada masa awal kehamilan memang banyak dialami oleh wanita hamil, terutama oleh mereka yang baru pertama kali hamil. Saya juga mengalami Morning Sickness semasa mengandungkan Ammar Firas tapi temasuk dalam yang ringan ringan sahaja dah hanya mengalaminya dalam trimester 1 kehamilan. Alhamdulillah tak la teruk sangat macam orang lain kan..
Tapi walaupun dalam 3 bulan pertama ia juga telah mengganggu aktiviti seharian saya & menyebabkan muntah muntah apa saja yang saya makan. Morning sickness yang kritikal tahap teruk ada juga di alami oleh ibu ibu sehinggalah hari melahirkan.. teruk kan kalau macam tu..moga moga pregnant yang akan datang jangan lah teruk sangat morning sicknessnya. Saya kongsikan di sini beberapa cara mengatasi morning sickness.
