Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Wednesday, September 11, 2013

KEGUGURAN...KENALI PUNCA & PENCEGAHANNYA....

Assalamualaikum semua...


Pagi tadi dapat Whatsapp dari customer saya..dia tanya tentang set apa nak makan kalau KEGUGURAN? Beliau tanya bagi pihak adiknya yang baru lepas keguguran...

Jom kita tambah ilmu tentang KEGUGURAN (miscarriage) yang tak boleh diambil remeh jika kerap berlaku pada si isteri...




PUNCA KEGUGURAN
Keguguran adalah satu perkara atau situasi yang sebaik mungkin seorang wanita yang sedang mengandung cuba elakkan.Ini adalah kerana, keguguran boleh berlaku atas pelbagai jenis alasan dan penyebab. Kadang-kala keguguran boleh berlaku jika seseorang wanita itu tergelincir, makan sesuatu yang membuat rahimnya lemah, wanita tersebut melakukan aktiviti lasak dan tidak menyedari bahawa dia sedang mengandung.
Saya ingin berkongsi bersama anda, mengenai punca keguguran yang sering berlaku, menurut pengalaman seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, iaitu Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat
Oleh: Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat | Pakar Perbidanan dan Sakit Puan

"Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, maka suami atau isteri, akan dikaji"

APA PUNCA KEGUGURAN?
KEGUGURAN merupakan salah satu fenomena yang biasa. Bagaimanapun, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi setengah-setengah wanita. Ada yang berpendapat, kalau boleh setiap kali mengandung, biarlah sehingga bayi yang dikandung selamat dilahirkan.
Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang kali. 

Mari ikuti penerangan selanjutnya berdasarkan soal-jawab bersama Datuk Dr. Hamid Arshat.

QUESTION & ANSWER
SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?
JAWAPAN: Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.
Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.

SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan?
JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.
Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.
Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.
Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.

SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?
JAWAPAN: Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.

SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?
JAWAPAN: Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.
Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.
Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.
Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?
JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.
Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.
Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.

SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?
JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin. Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.
Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.

Bagi wanita yang pernah mengalami masalah keguguran, Shaklee menawarkan beberapa supplemen yang boleh membantu mengembalikan kesihatan dalaman rahim anda, antaranya ialah :


1. Family wellness set (ESP, Vita-Lea, Vitamin C & B-Complex)
Kebaikan Family wellness set :
* Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
* Membantu anda berasa lebih bertenaga
* Menguatkan sistem imun anda
* Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat


2. GLA Complex
Fungsi GLA Complex :
* Menurunkan kolesterol
* Membantu melegakan sindrom pra-haid (PMS) seperti senggugut
* Membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan
* Membantu melegakan kesakitan & kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagladin E1


3. Vitamin E
Fungsi Vitamin E :-
*  Menghalang Keguguran
* Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush
* Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.


Sesiapa yang telah menghadapi keguguran...untuk prepare rahim untuk sihat supaya boleh mengandung lagi adalah sangat di galakkan untuk ambil supplemen di atas..


berminat? sebarang pertanyaan boleh la PM saya @


MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
FB Page - Sarah Body Food

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN



Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

No comments :

Post a Comment