Salam...
Hai hai semua... Dah petang Isnin dah...ada masa sikit ni nak cilok² update blog la...actually entry ni dah memang siap draft cuma nak make up sikit untuk di post je...
Orang selalu salah anggap Supplement ni Ubat...jadi adalah amat penting untuk anda memahami dua term yang berbeza ini supaya pemahaman anda tentang makanan kesihatan lebih jelas ye...jika tak faham memang boleh jadi salah faham la...
Ok jom baca beza dua benda alah ni....
Medicine ( Ubat )
Medicine ( Ubat )
1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.
4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.
7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.
.jpg)


