Salam Alls...
Jika anda wanita...anda perlu teruskan membaca...
Wanita muda, secara umumnya dikategorikan dalam kumpulan sihat. Itu berita baik tapi nanti dulu!! Ada juga kelemahan…ia menyumbang kepada satu perasaan selamat “palsu” terhadap wanita lingkungan usia 20an ke 30an yang rasakan dirinya serba tahu. Dan sikap cepat berasa puas terhadap tahap kesihatan diri sendiri boleh menjurus kepada masalah.
Menurut pakar kesihatan, wanita muda hari ini bersikap sambil lewa mengenai kesihatan dan kerap mengambil risiko berpotensi jadi bahaya..seperti tabiat pemakanan buruk, seks rambang dan terlalu bebankan diri dengan banyak tanggungjawab sosial & kerja.
Dan mereka menerima padahnya..ramai wanita muda bersifat enggan terima kenyataan. Mereka tak pernah terfikir akan dijangkiti penyakit kelamin, hamil luar nikah atau jatuh sakit.
Berdasarkan kajian beberapa krisis kesihatan paling berat & sering dihadapi wanita muda telah disenaraikan iaitu:
KRISIS KESIHATAN 1
Corak Pemakanan Tak Menentu
Kira – kira 4% wanita menderita tabiat pemakanan tak betul secara klinikal seperti anoreksia dan bulimia. Namun, masih ada berjuta lagi berdepan masalah makanan kurang popular yang baru baru ini dikategorikan sebagai eating disorder. Tabiat pemakanan tidak sihat dan tak menentu yang boleh menyebabkan kekurangan vitamin dan merendahkan sistem imunisasi serta boleh akibatkan penyakit biasa mendatangkan maut.
Ada kalangan pemakan sebegini tidak mengambil langsung satu kumpulan makanan. Misalnya susu atau makanan dimasak, kononnya untuk mencantas kalori. Sesetengah tak makan kerana nak lebihkan kalori pada arak (drunk-orexia) .
Manakala ada wanita sanggup kira setiap kalori dan tetapkan had setiap hari bagi kekalkan fungsi utama tubuh.
*Info : wanita muda harus ambil sekurang-kurangnya 1,800 kalori sehari