Salam Jumaat semua...
Sibuk sana sini berkata tentang DEMAM DENGGI... Bila denggi tentu terus terfikir nyamuk Aedes, air bertakung, demam tak kebah kebah, ruam bintik di badan, imun lemah, badan tak bermaya, dehidrate...
Mak & abah saya pernah kena demam denggi & amat kesian bila tengok keadaan mereka... Ni laporan berita tentang Denggi yang tengah mencabut nyawa seorang demi seorang hari demi hari... Takutkan??
********************************************************
Denggi catat 29 kematian, kes meningkat 316 peratus ~ Sumber Berita Harian 27 Feb 2014
"KUALA LUMPUR: Sebanyak 29 kematian akibat denggi dilaporkan sejak Januari sehingga 22 Februari, peningkatan 263 peratus atau lapan kematian berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata 16,383 kes denggi dilaporkan dari Januari hingga 22 Februari, meningkat 316 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
"Bagi minggu ke lapan tahun ini (16 Feb - 22 Feb 2014), empat kematian dilaporkan berlaku membabitkan dua wanita berusia 34 tahun dan 37 tahun serta dua lelaki berusia 21 tahun dan 35 tahun kerana komplikasi demam denggi," katanya dalam kenyataan."
*****************************************************************************