Salam semua...
Sempena bulan FEB 2014 PROMO VITALEA.. Jadi saya nak cerira tentang HEMOGLOBIN... apa bendanya tu?? Pernah dengar Hb? kalau ibu ibu hamil ni mesti check Hb every monthly check up...sebab apa kena always check?? jom baca sini...
APA ITU HEMOGLOBIN??
Hemoglobin (kependekan: Hb) merupakan molekul protein di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.
Aras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu. Aras normal adalah :-
- Baru lahir : 17-22 gm/dl
- Usia seminggu : 15-20 gm/dl
- Usia sebulan : 11-15gm/dl
- Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
- Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
- Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
- Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
- Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl
