Salam...
Mau buat sharing TIPS lagi..hari ni tentang CARA MENERAN KETIKA NAK MELAHIRKAN...pasti ibu ibu yang 1st time nak melaluinya akan berdebar debar kan??
Tips meneran? Ye. Tips meneran ketika berlaku kontraksi saat-saat untuk melahirkan bayi, atau dalam bahasa mudah, 5 cara meneran ketika kita sedang sangat mahu beranak!!
Actually, lama dah saya berhajat nak share 5 CARA MENERAN KETIKA BERSALIN nih..sejak saya berjaya melahirkan anak sulung saya secara normal, Alhamdulillah.. Walaupun anak sulung memang tak ada experience & pengalaman tapi saya berjaya lakukan.
Sebenarnya, memang ada cara-cara tertentu / kemahiran dan tips yang perlu kita tahu, belajar,faham dan berlatih untuk meneran dengan cara yang betul ketika bersalin normal.
Antara points yang penting tersebut ialah:
1 # : PERNAFASAN
Latihan pernafasan memang lah sangat-sangat penting. Nampak remeh. Tapi latihan yang berulang kali dapat membantu kita mengawal pernafasan ketika saat saat anak meneran. Jangan ingat masuk pertandingan menyanyi je yang perlu buat latihan pernafasan.. Kita yang mak buyong pun kene rajin rajin praktis pernafasan.
Bagaimana eh nak buat?
Mudah sahaja latihannya. Tarik nafas sepanjang mungkin dan cuba tahan nafas.
Rationalnya latihan pernafasan ni:
Ketika meneran nanti..Kita perlu tarik nafas sepanjang yang mungkin, kemudian kita meneran/push sehabis teran yang kita boleh, TANPA MENCURI NAFAS ketika meneran..Ingat tu..Memang TAK BOLEH MENGELAT!! Curi nafas ketika meneran, akan membuatkan kepala baby tu termasuk semula ke dalam..
Selain dari TAK BOLEH curi tarik nafas, Ketika meneran pun tak boleh hembus nafas..kalau anda degil jugak, ini akan menyebabkan anda kehilangan tenaga ketika meneran dan akhirnya menjadi letih.
p/s: actually, ketika meneran ni, tak perlu menjerit pun..itu lebih baik. menjerit ketika meneran mebuatkan tenaga anda dibazirkan dan menjadikan diri anda lebih tension...Anda akan lebih FOKUS bila anda meneran tanpa menjerit.