Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Friday, March 21, 2014

10 CARA DIET UNTUK KURUS DENGAN SHAKLEE

Salam semua..salam sihat semua ye...

Ramai rupanya nak kurus dan nak slim atau kembali asal seperti zaman anak dara atau zaman belajar dulu. Tapi masalahnya adakah dengan hanya makan supplement akan membuatkan kita kurus dan langsing seperti yang kita nak ? Tak dinafikan, Set Kurus Shaklee memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena caranya. Mesti sentiasa ingat, untuk kurus dan sihat, kita tak boleh bergantung 100% kepada supplement. Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping memberi zat tambahan kepada tubuh ketika berdiet.


Ramai yang terutamanya yang dah mengambil supplement Shaklee seperti CINCH SHAKESOMEGA GUARDALFALFA ,LECITHIN ,CINCH TEA dan sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet yang seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus.Dan perlu jugak diingat berat ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang berat 40kg, kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita berat 40kg kurus kering pulak. Rasanya semua dah tahu cara kira BMI, so tak payah saya terangkan disini.

Mulakan Diet Kurus Shaklee dengan 10 Cara Ini

1. Makan sumber protin pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan
Bagi yang dah ada set KURUS shaklee, CINCH SHAKES baik anda ambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup anda. Untuk maksimakan kesan kenyang, blend dengan beberapa biji kurma atau badam. Anda juga boleh campurkan sedikit mentega kacang (pure kacang) untuk tambahan protin. Tak perlu gunakan susu walaupun susu rendah lemak. Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, joging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif , tiada masalah ambil diwaktu sarapan.
2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta
Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu( selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spagheti dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.
3. Makan makanan yang segar
Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sosage, nugget, daging beger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan. Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah.
4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil lansung pada waktu malam
Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik. Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam, tapi sebaik baiknya makan waktu petang.
5. Elakkan makan buah buahan berlebihan
Selalunya kita silap. Kita menganggap makan buah buahan banyak baik untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum. Bagi yang tak selalu makan buah buahan, Vitamin C Plus Shaklee adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C, iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.
6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu
Ketepikan susu atau produk tenusu,kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak. Untuk pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik, dengan sumber kalsium dan magnasium.
7. Hentikan serta merta minuman berkabonat
Kandungan gula didalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula didalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain. Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIX sebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, emberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.
8. Hentikan penggunaan minyak sayur sayuran seperti minyak bunga matahari, ataupun minyak jagung
Minyak yang terjual dikedai kedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.
9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan
Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu /tak tepu? Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti danging bahagian rusuk , keju, mentega, susu penuh krim, dan makanan yang diproses(segera). Hindarkan terus magerin dan makanan goreng. Jangan buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan Minyak Omega 3, seperti OMEGA GUARD adalah yang terbaik.
10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi
Minum air selagi urine anda tidak berwarna putih. Sekiranya urin berwarna kuning, bermakna anda belum cukup air.
Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus diatas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang betul.


Cadangan Pemakanan Set Kurus Shaklee
SARAPAN
Makan 5 biji Alfalfa setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.
Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG ( anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama).anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu Shaklee ESP.
Anda akan kenyang shingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan, dan anda akan makan dengan sedikit

MAKAN TENGAH HARI
Sebelum Makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGA GUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
Makan nasi ( agak2 sebesar genggaman tangan )+ ikan/daging (yang x berlemak)/dada ayam. Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus,kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng. Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.

MAKAN MALAM
Elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam seboleh-bolehnya. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.
Ataupun anda boleh Menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKES atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan. Tetapi seelok eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes.
Sebelum tidur , makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur. Dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur.
Selamat mencuba. Hubungi saya untuk info lanjut tentang produk.


MAISARAH | SID No 956236
Call/SMS/Whatsapp - 012 593 1141
LIKE >>> FB Page - Sarah Body Food
Email  >>> sarah.anothai@gmail.com

COD AREA : BANDAR TUN HUSSEIN ONN, AEON CHERAS SELATAN, MAHKOTA CHERAS, BALAKONG, SERDANG, KAJANG, BANGI, SERDANG, PUTRAJAYA, WANGSA MAJU, KLCC, AMPANG PARK, JLN TUN RAZAK, KL SENTRAL, BANDAR TASIK SELATAN



Dapatkan SET² SHAKLEE untuk Masalah² Anda

No comments :

Post a Comment