Pages


  • HEADING HERE 1

    DESCRIPTION HERE 1
  • HEADING HERE 2

    DESCRIPTION HERE 2
  • HEADING HERE 3

    DESCRIPTION HERE 3
  • HEADING HERE 4

    DESCRIPTION HERE 4
  • HEADING HERE

    DESCRIPTION HERE

Sunday, April 27, 2014

Kencing Manis semasa Hamil jangan pandang ringan boleh datang mudarat pada ibu dan anak

Apakah Diabetes Melitus?

Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawal atur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Kekurangan insulin dan/atau rintangan insulin (insulin resistance) menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan?
Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Wednesday, April 23, 2014

5 Tips Menyusukan Anak Semasa Hamil siapa kata tak boleh cuma perlu pastikan nutrisi anda cukup

Tips Menyusukan Anak Semasa Hamil

1. Ketahui Fakta
Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.


Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.
Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.

Tuesday, April 22, 2014

Kaedah Penyusuan SUSU IBU sebagai Perancang Kehamilan

Menjarakkan Kehamilan sememangnya perlu untuk pasangan yang berkahwin kerana dalam Islam sendiri menyarankan anak disusukan selama 2 tahun umurnya.

Isu tentang itu sudah selalu duperkatakan di kaca tv tetapi ingin saya coretkan tentangnya untun pengetahuan kita bersama. Ia juga berdasarkan pengalaman saya sendiri juga pengalaman ibu saya sendiri.

Seperti semua sedia maklum, kaedah merancang terdapat pelbagai cara juga pilihan. Terpulang kepada setiap individu untuk menggunakan kaedah yang mana, yang penting ianya selamat, mudah dan dijamin peratusan kejayaannya. Ingat lagi masa Firas check up 2 bulan misi klinik kesihatan tanya saya dah pilih dan suami tentang perancang keluarga ke?? Aku serius blur.. tapi aku jawab sambil blur & tersenyum nanti saya discuss.. sampai ke leni aku tak ambil pun apa2 perancang keluarga. Tak berani la.. entah la natural sudah!

Untuk pengetahuan anda di bawah ni antara kaedah perancang dengan Hormon sediaada ialah:

Friday, April 18, 2014

Tips Mengurangkan Sakit Bengkak Susu Selepas Bersalin

Salam sihat ceria semua...
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya mengalami bengkak susu sewaktu lepas  bersalin setahun setengah yang lepas.
Beberapa hari selepas bersalin, saya mengalami bengkak susu sehingga demam dan badan menggigil menahan sakit. Bagi yang pernah mengalaminya pasti tahu bagaimana rasanya. Memang sakit sekali sampai demam-demam. Pendek kata, kalau diberi 4 helai selimut pun tak cukup untuk menahan badan yang menggigil kesejukan. Itulah bahana bengkak susu. Sakit teramat tak tahu nak describe.


IBU MENYUSU PERLU GIZI SEIMBANG UNTUK KEBAIKAN IBU DAN ANAK

Salam Jumaat semua..

Bercerita ibu menyusu pula pagi ni... Info ni memang sangat berguna untuk ibu ibu yang beranak sulung yang serba serbi kekurangan ilmu dalam dunia penyususan susu ibu ni.

Gizi seimbang bagi ibu menyusu sangat penting. Gizi pada ibu yang sedang menyusu sangat rapat kaitannya dengan produksi air susu, yang sangat diperlukan untuk perkembangan bayi. Bila pemberian susu ibu sempurna, maka berat badan bayi akan meningkat, tekstur kulit baik, pembinaan otot juga memuaskan. Ibu menyusu tidaklah terlalu ketat dalam mengatur nutrisinya, yang terpenting adalah makanan yang menjamin pembentukan air susu yang berkualiti dalam jumlah yang cukup untuk memenuhi keperluan bayinya.


Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Gizi Ibu Menyusu
Faktor yang mempengaruhi gizi ibu menyusu adalah:
  1. Pengaruh makanan erat kaitannya dengan volume susu ibu yang dihasilkan per hari.
  2. Protein, dengan adanya variasi individu maka dianjurkan penambahan 15-20 gram protein sehari bagi ibu menyusu.
  3. Suplement, jika makan sehari seimbang, suplementasi tidak diperlukan kecuali jika kekurangan satu atau lebih zat gizi. Pengambilan vitamin untuk melengkapkan nutrisi yang seimbang. Disarankan ambil SET 3M SHAKLEE untuk melengkapkan nutrisi ibu & anak.
  4. Aktiviti.

Thursday, April 17, 2014

Susu Ibu: Bagaimana susu ibu dihasilkan ??

Salam semua...

Bercerita tentang susu ibu tapi pernah tak terfikir macamana susu ibu itu dihasilkan... Jom baca sini info tentangnya ye...

Bagaimanakah payudara saya berubah semasa hamil?

Sebaik sahaja anda hamil, payudara anda mula bersiap-sedia untuk menyusukan bayi. Salah satu tanda bahawa anda sedang hamil ialah payudara menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan anda.


Anda juga mungkin mendapati bahawa areola, iaitu bahagian kulit di sekitar puting anda, menjadi lebih gelap dan bintik-bintik kecil mula keluar. Perubahan warna areola ini sebenarnya ialah kaedah semula jadi untuk memberi panduan visual kepada bayi anda ke mana harus dituju apabila hendak menyusu.

Bintik-bintik kecil di sekitar areola pula menghasilkan bahan berminyak yang membersih, melicin dan melindungi puting anda daripada jangkitan semasa penyusuan badan.

Menjelang kelahiran bayi, tisu-tisu kelenjar dalam payudara anda akan membesar dua kali ganda. Apabila susu mula keluar selepas bayi dilahirkan, anda akan rasa payudara menjadi lebih berat dan penuh. Setiap satunya mungkin bertambah berat sebanyak 700 gram!


Wednesday, April 16, 2014

TIADA SUSU, SUSU TIDAK KELUAR ATAU SUSU SEDIKIT MASALAH IBU MENYUSU tanganinya dengan SET 3M SHAKLEE

Salam semua...
“Tiada susu, susu tidak keluar atau susu sedikit”. Ini antara ru­ngutan yang biasa dide­ngar terutama bagi ibu yang baru kali pertama melahirkan anak.
Berhadapan situasi ini membuatkan ada antara mereka terfikir untuk memberikan susu formula kepada bayi ter­utama selepas beberapa jam melahirkan anak lantaran tidak sanggup mendengar tangi­san bayi yang disangka tidak cukup susu. 
Ada pula menyangka susu akan terus keluar dengan banyak sehingga membuatkan mereka panik apabila payudara tidak menghasilkan susu seperti yang dibayangkan. Pelbagai tanggapan mengenai penyusuan terus menghantui semua ibu atau bakal ibu. Persoalannya, adakah benar susu tidak keluar, susu sedikit atau teknik digunakan tidak betul sehingga menyebabkan proses menyusukan anak menjadi sukar?


“Melalui pemerhatian, ternyata ibu mengandung yang pernah melihat atau mendengar cerita kejayaan penyusuan susu ibu wanita lain akan lebih tertarik dan bersikap positif untuk menyusukan bayi berbanding ibu yang tidak pernah langsung mendengar me­ngenainya. Ini secara tidak langsung memberi semangat untuk meneruskan penyusuan walaupun berhadapan cabaran atau masalah."

Ibu yang melahirkan anak secara normal atau pembedahan boleh terus menyusukan bayi dalam kadar yang paling segera iaitu sebaik saja dilahirkan. Peranan pihak hospital dalam menggalakkan penyusuan susu ibu seawal mungkin sangat penting. 

SUSU IBU vs SUSU FORMULA : Kebaikan dan Keburukannya

Salam semua...

Anda mahu memilih untuk beri anak anda susu ibu atau susu formula? Mungkin ibu-ibu diluar sana  tertanya-tanya kebaikan susu ibu kepada bayi anda, terutamanya pada mereka yang baru bergelar ibu tapi mungkin ramai juga diantara kita yang telah mengetahui kelebihan susu ibu. Tak kurang juga ibu yang awal awal lagi sudah mahu memberikan anak dengan susu formula kerana di sogokkan dengan cerita yang tak sahih tentang susu ibu dan menyusu badan.

Banyak kajian yang dilakukan seantero dunia telah membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak terdapat dalam susu formula lain. Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi terutama sejak lahir sehingga 6 bulan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal juga mental anak- anak. Sebaik sahaja bersalin, susu pertama yang berwarna kekuningan dinamakan kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi bertindak sebagai imunisasi pertama bagi bayi kerana ia mampu melawan penyakit seperti cirit birit, bronkitis, eczema dan lelah. Hari- hari pertama selepas kelahiran, ibu- ibu digalakkan menyusui bayi untuk membekalkan antibodi yang cukup. Walaupun terdapat perkembangan teknologi makanan moden yang cuba merumus susu formula agar menyamai susu ibu, namun khasiat dan kebaikan susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Itulah hebatnya kurniaan Allah.

Sunday, April 13, 2014

5 CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN (EBM) supaya muat peti sejuk serta PENGENDALIANNYA

Salam semua... salam ceria & sihat selalu ye..

Bersiaran di Alor Setar hari ni... pagi yang aman & mendamaikan..:)
Today nak story tentang hal penyusuan susu ibu... sebab ramai fb friend yang baru deliver baby.. bestnya dapat baby baru..:)

Ramai kawan-kawan saya yang bertanya tentang isu ini especially yang baru menjadi ibu dan bersemangat untuk membuat stok ebm buat anak-anak tersayang.



Thursday, April 10, 2014

BADAN SEGAR BUGAR WALAUPUN BERSALIN CZER (CAESARIAN) gara gara Shaklee

Salam semua.. semoga sihat sihat hendaknya... In shaa Allah...

Ibu yang sedang sarat mengandung & menanti hari nak bersalin mesti perasaannya berdebar - debar kan?? 
Teringat masa nak bersalin Ammar Firas si jantung hati saya tu setahun lima bulan yang lepas memang tak tahu nak describe perasaan campur baur dalam hati ni... Masa tu fikir hanya nak lahirkan baby dengan selamat tanpa ada komplikasi.. berjalan lancar segalanya... Alhamdulillah semua berjalan lancar maka Ammar Firas dilahirkan secara normal pada 7 November 2013. 

Ketika melalui sangat genting untuk melahirkan ni kerana komplikasi tertentu seperti anak yang kedudukan songsang, jalan untuk nak deliver baby secara normal tak bukak2, ibu sudah tak berdaya lagi ataupun berkemungkinan jika lambat baby keluar akan lemas jadi prosedure Caesarian akan dilakukan oleh doktor.

Tentunya semua pun tahu selagi boleh kita sebagai wanita mahu lahirkan baby secara normal kerana dari segi penjagaan bersalin secara normal ini adalah lebih mudah banding dengan Czer. 

Jom kita baca pengalaman Pn Weeda ni yang bersalin secara Czer

Wednesday, April 9, 2014

Apa Beza ESP Shaklee dan Cinch Shaklee?

Salam semua.. 

Beberapa hari tak update blog dah.. ada habuk sikit sikit.. kasi tiup dulu.. hehe..

Sementara idea banyak.. cepat cepat taip... 

CINCH SHAKE LOSS vs ESP ??? 

Antara Cinch dan ESP..mana yang bagus?
Soalan cepumas yang saya sering dapat daripada customer yang dlm program capai berat badan idaman.
Cinch dan ESP..kedua duanya adalah PROTEIN..Dan..sifat semulajadi protein ni dalah mengenyangkan. Sebab itulah dalam mana mana program diet..amat dititikberatkan pengambilan protein.
Jika anda mencari sesuatu untuk dijadikan sebagai meal replacement..pilihlah CINCH.

Apa Beza ESP dan Cinch?

Saturday, April 5, 2014

PENYAKIT TALASEMIA TIDAK BOLEH AMBIL VITALEA & ALFALFA SHAKLEE

Salam semua...

Malam semalam dapat pertanyaan dari seorang customer tentang TALASEMIA. Beliau bertanya tentang Supplemen / Vitamin apa yang sesuai untuk masalah ini. Masalah beliau ialah ketika mengandung Hemoglobin (Hb) nya sentiasa rendah. Walaupun makan supplemen / vitamin berasaskan iron (zat besi) masih tiada peningkatan dan doktor mengesahkan beliau mempunyai masalah Talasemia.

Friday, April 4, 2014

Ostematrix Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Salam semua...

Bulan ni bulan menjaga tulang temulang... jadi nak bercerita lagi tentang Ostematrix Shaklee... Kali ni tentang Osteoporosis pula ye...



Bahaya Kurang Kalsium pada Ibu Hamil dan Menyusu... Awas..

Salam jumaat penuh barakah...

Saya memang tunggu sangat hari jumaat sebab tak sabar nak cuti 2 hari & melayan telatah anak & jalan2 dengan keluarga. 

Sempena bulan OSTEMATRIX PROMO BULAN APRIL ni.. terpanggil nak buat entry tentang perihal kalsium ni... Apa kaitan antara KALSIUM & IBU HAMIL?? Kenapa doktor suruh minum susu sepanjang hamil?? saja2 suka ke doktor tu nak suruh minum... saya tahu tak semua orang boleh menerima susu... mak saya juga termasuk golongan yang tak suka & tak boleh nak telan susu... baru masuk dalam mulut sikit dah nak muntah... parah.. parah...tapi sekarang ni banyak option lagi bukan nak tunggu minum susu baru dapat sumber kalsium...

Jom baca kaitan KALSIUM & IBU HAMIL...


Tuesday, April 1, 2014

Cara Melegakan Rheumatoid Arthritis dengan Shaklee

Salam semua...



Harini saya ingin berkongsi mengenai penyakit Rheumatoid Arthritis (RA). Penyakit ini menyerang sendi2. Jika ia tidak dirawat lebih awal, ia boleh mengundang kepada kehilangan daya pergerakan. 

Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan badan (penyakit autoimun). Ketidakseimbangan sistem pertahanan ini menyebabkan keradangan pada sendi, terutamanya di selaput synovium. Ini mengakibatkan cecair synovium yang berlebihan dalam sendi. 

Oleh itu sendi menjadi sakit, bengkak dan tegang. Jika proses keradangan ini berterusan, kerosakan tulang akan berlaku dan akhirnya menyebabkan kecacatan sendi. Selain sendi, ia juga boleh melibatkan organ-organ lain seperti paru-paru, kulit dan mata.



RA menular dalam 3 peringkat. Peringkat pertama ialah bengkak pada lapisan tisu sinovia yg menyebabkan kesakitan, kepanasan, kekejangan, kemerahan dan bengkak di sekeliling sendi. Peringkat kedua ialah pembesaran dan pembahagian sel yang pantas mengakibatkan cecair sinovia menjadi pekat. Dalam peringkat ketiga , sel yang meradang akan mengeluarkan enzim yg mungkin memakan tulang dan rawan mengakibatkan sendi yg terlibat hilang bentuk dan kesejajarannya, lebih kesakitan dan kehilangan daya pergerakan.


OSTEMATRIX SHAKLEE PROMO APRIL 2014... jangan biarkan tulang anda reput!!


Salam semua..

Tiap 1 hb setiap bulan Shaklee akan umumkan PROMOSI BULANAN... Dan bulan ni PROMO BUY 6 FREE 1 Shaklee adalah Ostematrix. 

Ostematrix ni adalah antara vitamin favourite saya ye..

Kenapa ya saya suka ambil Ostematrix Shaklee?